Wednesday 27 February 2013

MAB WAJAR ATASI LILATI DI LCCT








Saudara Pengarang,

SEBAGAI penumpang tegar yang menggunakan perkhidmatan Air Asia di Terminal Tambang Murah (LCCT) KLIA, saya amat terkilan kerana Malaysia Airport Berhad (MAB) yang menyelenggara terminal berkenaan kurang mengambil berat masalah kebersihan kerana LCCT sinonim dengan makhluk perosak iaitu LILATI (Lipas, Lalat dan Tikus) sehingga menjatuhkan maruah Malaysia di mata pelancong dunia seperti yang didedahkan di dalam Videoklip di atas.

Saya akui sejak sekian lama LCCT adalah pusat pembiakan lipas, lalat dan tikus sehingga saya terpaksa membatalkan niat saya untuk menjamu selera di LCCT dan terpaksa menempah makanan di dalam kapal terbang.





Walaupun terdapat pelbagai menu dan restoran segera, namun LILATI sehingga mengekang nafsu saya terutama lalat yang berterbangan dan bau kencing tikus pada tisu dan bau lipas pada pinggan mangkuk.

Baru-baru ini saya terpaksa duduk bersama kawan kerana menunggu  kenapa terdapat begitu banyak lalat berterbangan, lipas di bawah meja dan tikus berdecit berdekatan singki membasuh tangan yang dipenuhi kahak dan hingus.

Persoalannya, sampai bila MAB mahu melakukan transformasi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan asas sehingga para pelancong mengutuk Malaysia kerana mundurnya prasarana di LCCT.

Salam Hormat,

ANTI LILATI

No comments:

Post a Comment