Sunday 10 February 2013

'MAFIA' SEMPORNA BERAKSI LAGI?





Saudara Pengarang,

PEGAWAI Daerah Semporna yang juga ipar kepada Setiausha Kerajaan Negeri  beraksi lagi. Kali ini menggunakan kuasa politik bagi menghalang peraturan serta memperlekeh dan mencabuli etika pertadbiran kerajaan Negeri Sabah.

Adalah amat jijik dan memalukan serta tidak beretika menjadikan agensi kerajaan dan perkhidmatan awam sebagai bahan dan alat kepentingan diri sendiri dan kepentingan ahli politik yang akhirnya rakyat menjadi mangsa.

Mengikut maklumat yang kami terima pada 14 Januari 2013 seorang pegawai awam negeri, anak tempatan Semporna telah melapor diri sebagai ADO Pentadbiran mengantikan ADO lama, Nursih Nusuri.

Pada hari yang sama, 'Si Mafia' memaklumkan dalam mesyuarat penuh semua staff Pejabat Daerah Semporna yang dihadiri oleh ADO Pembangunan, Minduru dan ADO lama Nursih Nusuri; serta kakitangan Pejabat Daerah Semporna bahawa pertukaran kakitangan awam ini tidak melalui Adun Senallang, Datuk Nasir Tun Sakaran.

Oleh itu pertukaran ini tidak boleh diterima oleh pejabat Daerah Semporna. Lagipun Pegawai yang ditukarkan ini bukan orang Datuk Nasir tetapi orang Datuk Ramlee Marhaban, Adun Bugaya; yang hendak disingkirkan oleh Keluarga Dinasti Sakaran melalui kuasa Politik Ketua Bahagian UMNO Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Afdal.

Di samping itu, Nursih Nusuri tidak mahu mengikut arahan perkhidmatan awam untuk bertukar ke Institut Latihan Sektor Awam Negeri – INSAN kerana menunggu keputusan Adun Senallang yang bakal dimaklumkan pada 17 Januari 2013.

Mafia terus bertindak dan terbang ke ibu pejabat bertemu abang iparnya, Tan Sri Sukarti Wakiman untuk membatalkan pertukaran itu. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau boleh menukarkan sesiapun pegawai awam yang datang berkhidmat di Semporna jika beliau mahu dan boleh arahkan untuk bertukar ke mana-mana sahaja jabatan yang beliau kehendaki di Kota Kinabalu.

Akhirnya isu kakitangan ini sampai ke peringkat Politik dan berlaku pertikaman lidah di antara ADUN di kawasan itu bagi menyelesaikan kemelut campurtangan ahli politik dalam perkhidmatan awan.

Kakitangan berkenaan, ADO Suhaimi Bin Haji Ejip telah menjadi mangsa kepentingan ahli-ahli politik angkara campur tangan politik dalam perkhidmatan awam.

Beliau telah menjalankan tugas sebagai pegawai awam dan menukarkan keluarganya anak dan isterinya yang berkerja di Kota Kinabalu dan bersekolah di sana untuk bertukar ke Daerah Semporna di mana proses penyerahan tugas di pejabat lama JKR Kota Kinabalu telah dilaksanakan secara teratur.

Namun, kami mendapat maklumat beliau dipanggil semula oleh Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Nordin Siman supaya menangguhkan pertukarannya sehingga selepas PRU ke 13 berdasarkan rayuan SPR supaya Pegawai lama dikekalkan kerana pilihanraya bakal diadakan pada bila-bila masa dan ADO lama telah dilantik menjadi RO oleh SPR.

Isu Dan Intipati Kes Ini:

Pemimpin Politik campurtangan Urusan Perkhidmatan  Awam negeri SPA dan kesetiaan Pegawai kerajaan bukan kepada SPA atau kedaulatan Undang-Undang Negeri tetapi Kepada seorang Adun yang terlalu berkuasa dengan sukahati.

Pegawai Daerah sepatutnya diambil tindakan tetatertib kerana telah melanggar arahan perkhidmatan awam SPA dengan menyalahguna kuasa dan menamakan Ahli Dewan Undangan sebagai rujukan pertukaran seseorang Pegawai Awam; di mana akhirnya dia sendiri berusaha untuk menahan pertukaran ini.

Tindakan keterlaluan untuk menghina pegawai perkhidmatan awam di hadapan kakitangan awam yang lain telah melanggar etika perkhidmatan awam yang berkerja sebagai pegawai awam; tetapi menggunakan kuasa politik dan hubungan persaudaraan untuk menjaga agenda tersembunyinya.

Ahli Politik yang telah menjadikan pegawai awam sebagai kuda tunggangan mereka telah menjadi MAFIA dalam perkhidmatan awam dan menghalalkan cara bagi kepentingan peribadi.

Pegawai yang ditukarkan telah menjadi mangsa kepentingan politik secara keseluruahan dan melibatkan anak isterinya angkara beliau bukan dianggap sebagai orang Datuk Nasir Tun Sakaran iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Senallang.

Tingkalaku dan kemelut ini telah menyebabkan agenda antara Adun dan Pegawai Daerah terbongkar kerana saling berkerjasama antara satu sama lain memperalat perkhidmatan awam dan mengambil kesempatan untuk menyalahgunakuasa di daerah ini. Akhirnya terlalu banyak rakyat menjadi mangsa permainan kuasa kedua-dua pihak yang saling berkerjasama.
Jesteru itu kami meminta campurtangan Ketua Menteri Sabah, jika kuasa beliau belum dirampas Naib Presiden UMNO; agar menyelesaikan isu ini tanpa melibatkan dan merujuk kepada SKN yang dilihat mempunyai kepentingan dalaman; disebabkan hubungan persaudaraan beliau dengan 'MAFIA' Semporna.

Kami menggesa agar Ketua Menteri menggunakan pertimbangan akal dan budi bicara sendiri menyelesaikan isu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang selama ini dijadikan tisu tandas oleh Adun di Semporna sehingga menghilangkan keyakinan rakyat.

Adalah dikesalkan kerana kes malang seperti ini akhirnya telah menjadikan rakyat Semporna menjadi mangsa semua pihak.

Salam Hormat,

ABDILLAH BIN TIMBASAL
Ketua Pemuda Penaja USNO Negeri Sabah


No comments:

Post a Comment