Wednesday 27 February 2013

MASYARAKAT CINA WAJIB TOLAK YONG DAN CHONG




HADIR....Lebih 200 para penyokong tegar UMNO menghadiri perjumpaan tersebut.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

TAWAU :  Rakyat  digesa  jangan mudah terpengaruh oleh dakyah-dakyah songsang yang dilemparkan oleh parti-parti pembangkang seperti PKR-DAP dan PAS  yang berbaur fitnah yang tidak berasas.

Apapun, kerajaan cukup membantu rakyat dalam pelbagai aspek seperti bantuan BR1M RM500 bantuan Sara Hidup Nelayan bulanan RM200 dan pelbagai lagi; namun masih dinafikan, malahan rakyat yang menerima BR1M RM500 dicap sebagai haiwan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS), Mohd Jeffry Rosman  berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang ahli-ahli UMNO dan para penyokong BN yang diadakan di kawasan lapang Perumahan Taman Titingan malam tadi.


Katanya, para pemimpin pembangkang jelas sudah ketandusan idea kerana melemparkan bermacam tohmahan kepada pucuk pimpinan BN dan kerajaan BN dengan tujuan untuk meraih simpati bagi mendapat sokongan rakyat terhadap perjuangan parti Pakatan Rakat yang tidak punya hala tuju itu.

Jeffry berkata, kemasukan mantan Presiden LDP Datuk Chong Kah Kiat ke parti Pembangkang khususnya PKR, sedikitpun tidak menjejaskan sokongan masyarakat Cina di Sabah kerana mereka tahu siapa Chong Kag Kiat, seorang yang tidak berpendirian tetap dan mementingkan diri sendiri.

“Kebanyakan pemimpin BN yang keluar daripada BN mereka ini tergolong orang yang sangat kecewa kerana semasa berada dalam BN, permintaan mereka tidak ditunaikan; merajuk kemudian menyertai parti pembangkang," kata Jeffry yang menjelaskan bahawa orang yang sebegini tidak harus diberi tempat dan tidak boleh dipercayai.

Sebagai contoh jelas, kata Jeffry, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)  Datuk Yong Teck Lee semasa berada dalam BN meminta jawatan tinggi di peringkat  persekutuan, tetapi permintaannya ditolak oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Yong merajuk lalu meninggal BN dan sekarang pula mahu merujuk semula untuk kembali kepangkuan BN setelah permintaannya untuk bertanding 40 kerusi DUN ditolak mentah-mentah oleh pucuk pimpinan PKR,” ujar Jeffry.

Orang seperti Yong Teck Lee (SAPP) dan Chong Kah Kiat  (LDP) tambah Jeffry, tidak mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat Cina kerana semasa Yong dan Chong jadi Ketua Menteri Sabah selama dua tahun, apakah jasa baktinya kepada masyarakat Cina?

"Mereka berdua ini hanya mencari  kekayaan untuk kepentingan diri sendiri dan rakyat Sabah menanggung beban di atas 'buah tangan' mereka semasa diberi kuasa memerintah negeri Sabah selama dua tahun," ujar Jeffry yang menyarankan agar kedua tokoh ini bersara.

Tambahan pula rakyat di negara ini, kata Jeffry, amat  terguris dan terhiris hati mereka dengan kenyataan liar Menteri Besar, Datuk Nik Aziz yang menyifatkan penerima BR1M tidak ubah seperti haiwan.

Turut hadir pada  sesi perjumpaan tersebut ialah Puan Ummi Hafilda Hj  Ali dan rombongannya dari Kuala Lumpur dan ADUN Kawasan Apas Datuk Hj Tawfik Datuk Abu Bakar Titingan.

No comments:

Post a Comment