Thursday 14 February 2013

PPS YAKIN RAKYAT SABAH PILIH BN






Oleh: SHAIMON S JUMADI

TAWAU : Percakaran dan keretakan dalam barisan pembangkang yang melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam pembahagian  kerusi untuk PRU 13 nanti semakin bertambah para kerana telah menemui jalan buntu.

SAPP mendesak kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR)  supaya memperuntukkan  kerusi untuk DUN di Sabah sebanyak 40 kerusi untuk ditandingi pada PRU 13 nanti; tetapi telah ditolak oleh Naib Presiden PKR Mohamed  Azmin Ali kerana dianggap permintaan Datuk Yong Teck Lee wakil SAPP  sangat keterlaluan dan tidak munasabah.

Presiden Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS) Dato Seri Jeffry Rosman menjelaskan perkara ini ketika mengulas satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali seperti yang tersiar di Sabahkini.Net pada 12-02-2013 bertajuk 'SAPP TerkeluarDari Rundingan'.

Jeffry selanjutnya berkata, Pakatan Rakyat belum lagi memerintah tetapi sudah bercakaran semasa sendiri dan berlakunya perebutan kerusi sendainya mereka menjadi kerajaan lebih teruk lagi.

Dilihat  dari pandangan mata kasar tambah Jeffry, di pihak parti komponen BN yang membabitkan parti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, LDP, PBS,UPKO dan PBRS mereka cukup 'steady',

"Kita tidak dengar ada berlakunya rebutan kerusi antara satu sama lain, Keadaan ini menunjukkan BN mereka sudah matang dalam berpolitik,” tegas Jeffry.

Dalam pada itu, Jeffry menyarankan golongan belia harus memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi menyokong dasar-dasar kerajaan BN yang menjadi tampuk pemerintahan kerana golongan  belia adalah harapan bangsa dan bakal pemimpin pelapis  dan sebagai penentu hala tuju  kerajaan selepas PRU 13 nanti.

Tambah Jeffry lagi parti  pembangkang hanya pandai memutar belitkan fakta untuk mempengaruhi rakyat dengan melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan liar kepada para pemimpin UMNO/BN yang terlalu banyak berjasa kepada negara anak bangsa yang tidak ternilai harganya.

“Saya berani mengatakan, 100 peratus para pemimpin UMNO semuanya jujur-jujur belaka dan taat kepada perintah pucuk pimpinan. Taat kepada perintah Allah boleh dikatakan para pemimpin UMNO tidak mengamalkan rasuah. Kalau peruntukan RM3 juta yang diberikan oleh kerajaan persekutuan RM3 juta juga sampai ke pihak  bahagian UMNO masing-masing. Satu sen haram mereka tidak gunakan. Inilah kebagusan para pemimpin UMNO,” ujarnya.

Saya beri jaminan, kata Jeffry lagi, pada pilihanraya umum ke 13 nanti UMNO/BN akan memperoleh kemenangan besar 70 peratus kerusi  DUN dan Parlimen akan jatuh kepangkuan UMNO/BN Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor tetap kembali ke UMNO/BN.

Senario ini bertambah jelas kerana kaum Kadazan-Dusun, Murut, Cina, Iban dan India 90 peratus menyokong UMNO/BN;  sementara SAPP, DAP PKR dan STAR 90 peratus calon-calon mereka akan kehilangan wang deposit,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment