Wednesday 20 February 2013

PATI SABAH SERANG SELANGOR?






KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 5,000 warga asing yang mendapat taraf warganegara sewaktu projek IC Sabah kini didakwa telah dipindahkan ke Kuala Selangor untuk tujuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Difahamkan usaha perpindahan itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan melibatkan beberapa kawasan di negara ini khususnya Selangor.

Seorang warga Pakistan, Nasib Parwali yang mendapat taraf kewarganegaraan dalam projek IC Sabah, mengaku beliau telah ditukar alamat dari Sabah ke Kuala Selangor dua tahun lalu.

"Ini buat dekat Sabah dulu, tapi sekarang alamat sudah tukar sini (Kuala Selangor) lah. Sekarang undi di sini Insya Allah," katanya dalam satu rakaman video yang diserahkan satu sumber kepada Harakahdaily.

Dalam video itu juga menunjukkan MyKad Nasib, yang beralamat di Jalan Kuala Selangor, Batt 8, Kampung Ijok Batang Berjuntai.

Beliau juga mendakwa setiap warga asing perlu membayar RM300 untuk mendapatkan borang memohon kad pengenalan itu daripada agen.

Selepas itu, sejumlah RM6,000 hingga RM10,000 lagi perlu dibayar apabila mahu mengambil kad pengenalan tersebut.

"Dulu IC hitam, sekarang dah tukar (My Kad) dekat Putrajaya," katanya.

Sebelum ini, bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, 200,000 pendatang asing yang mendapat kad pengenalan di Sabah dipindah ke Semenanjung dan kebanyakannya ke Selangor.

Mereka dijangka akan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang ini.

No comments:

Post a Comment