Sunday 3 February 2013

PBRS BAKAL TUMBANG DI PENSIANGAN.






Oleh : TAMBALANG JAFREN
         
INTEGRITI kepimpinan Tan Sri Joseph Kurup adalah faktor kenapa masyarakat murut di kawasan P 182 Pensiangan menolak beliau dalam pada pilihanraya ke 13 akan datang. Ini boleh dilihat kurangnya sambutan orang Murut ketika beliau melawat kawasan yang majoritinya berbangsa Murut.

Pengundi masyarakat Murut adalah 65 peratus daripada 20 ribu lebih pengundi keseluruhan P182 Pensiangan. Kalau mengikut daripada statistik tersebut maka nasib Kurup 'bagai telur di hujung tanduk' atau boleh mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik.

Tindakan beliau yang memecah belahkan masyarakat Murut dengan Dusun di kawasan P 182 Pensiangan menunjukkan kegagalan beliau sebagai seorang pemimpin.

Pemimpin berintegriti tinggi adalah pemimpin disanjung oleh rakyat, tetapi kepimpinan Kurup jauh dari landasan sebenar.

Menjadikan anak beliau, Arthur, sebagai calon P182 Pensiangan adalah tindakan tidak profesional. Sebagai seorang peneraju sebuah parti politik di Sabah, seharusnya perlakuan seumpama ini difikir secara matang bagi mengelak persepsi negatif oleh rakyat dan pemimpin politik parti yang lain.

Keinginan ini menjadikan dinasti kepimpinan dalam Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) cukup memalukan dan lari daripada landasan demokrasi.

Tindakan Kurup memelihara orang yang mengamalkan politik bisnes iaitu mementingkan keuntungan daripada menjaga kebajikan rakyat mengundang kebencian rakyat kepada Kurup dan PBRS.

Kewibawaan beliau sebagai pemimpin, nampak sungguh mendukcitakan. Pemimpin seperti ini seharusnya ditolak mentah-mentah bagi memberi ruang kepda pemimpin yang boleh berkerja dengan rakyat.

No comments:

Post a Comment