Thursday 7 February 2013

PENDATANG TAK SEMESTINYA UNDI BN





         
Oleh : HAZLAN ZAKARIA

BERCANGGAH dengan dakwaan kerakyatan-untuk-undi, pendatang asing yang diberikan kewarganegaraan tidak selalunya mengundi BN, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya ia sebenarnya menguntungkan pembangkang, kata bekas perdana menteri itu yang menegaskan bahawa orang kuat PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan menang dan BN yang kalah dalam pilihan raya.

"Mereka adalah warganegara Malaysia dan ia adalah hak mereka untuk mengundi pilihan mereka," tegas Dr Mahathir lagi.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas melancarkan buku Antartica: Malaysia Journey Into The Ice, yang memuatkan aktiviti penyelidikan negara ini di Kutub Selatan.

Buku setebal 275 muka surat dan memuatkan 366 keping gambar itu diterbitkan `dengan kerjasama Bernama dengan pembiayaan dari Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Buku itu memberikan penerangan panjang lebar mengenai keadaan di benua diliputi ais itu daripada aspek geologi, cuaca, flora dan fauna, stesen-stesen penyelidikan saintifik serta kerja yang dilakukan kumpulan saintis dan penyelidik dari pelbagai negara yang menumpukan usaha mereka di kawasan itu.

Dr Mahathir mengulangi bahawa di bawah arahan langsung beliau, hanya pendatang yang berkelayakan dipilih untuk mendapat kewarganegaraan, sambil menambah bahawa apa yang berlaku di bawah mungkin sebaliknya.

Sebelum ini, Dr Mahathir menuding jari kepada timbalannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pegawai-pegawai yang didakwa melakukan salahlaku, sambil menegaskan bahawa kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai yang terlibat dan mendakwa beliau mempunyai 'pengetahuan' mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

No comments:

Post a Comment