Wednesday 6 February 2013

PERKAMPUNGAN ATAU HUTAN SIMPAN?






Saudara Pengarang,

SUKACITA saya ingin maklumkan di sini bahawa satu isu yang belum selesai sejak 27 tahun lalu ialah status tanah kampung Sinar Baru, Kimanis. Untuk pengetahuan umum, kampung ini merupakan kampung GDW serta pernah menjadi johan di peringkat daerah Papar.

Bagaimanapun,  baru-baru ini desas-desus mengatakan bahawa tanah ini tidak mendapat kelulusan sebagai tanah perkampungan atas sebab terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Malawaring Kimanis sehingga menyukarkan penduduk kampung memohon penyambungan bekalan elektrik dan air.

Sepanjang pengetahuan saya, tanah ini telah diduduki sebelum BN mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Sabah. Mohon kepada pihak tuan membuat liputan agar nasib penduduk di kampung ini terbela.

Salam Hormat,

PENDUDUK KECEWA

No comments:

Post a Comment