Tuesday 12 February 2013

PETRUS KONTENDER UTAMA N40 LABUK






Saudara Pengarang,

SAYA, Jikol Gambud selaku Naib Ketua Cabang PKR Beluran sungguh kecewa kerana ada pihak tertentu yang sedang giat mengatur calon untuk bertanding atas tiket PKR bagi kedua-dua DUN di Beluran.

Mengikut maklumat, terlalu ramai pelobi telah mencadangankan calon yang belumpun menjadi Ahli Parti PKR dan tidak pernah mengikuti aktiviti bersama anggota PKR atau APS.

Amalan seperti ini adalah perbuatan yang tidak sihat terhadap PKR di Beluran. Oleh itu saya mengesyorkan kepada para penyokong PKR/PR agar mematuhi perlembagaan parti supaya perjalanan aktiviti parti sehaluan dengan misi utama untuk menumbangkan UMNO/BN pada PRU ke13.

Saya mengambil kesempatan ini atas kapasiti saya sebagai Naib Ketua Cabang PKR Beluran secara terbuka mencadangkan Ketua Pemuda Cabang PKR Beluran, Petrus Pagrios Zabang, seorang anak negeri kelahiran kg. Nangoh dalam kawasan N40 Labuk sebagai kontender utama N40 Labuk.

Saya memberi cadangan demikian berdasarkan pengetahuan saya terhadap beliau sebagai seorang pemimpin politik yang berwibawa dan serba-boleh.

Salam reformasi,

JIKOL GAMBUD

No comments:

Post a Comment