Wednesday 6 February 2013

PM DIKUNJUNGI TPM KYRGYZSTAN







KENANGAN.....Saya bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan, Djoomart Otoybaey.

Oleh : NAJIB RAZAK

SAYA berkesempatan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan, Djoomart Otorbaev yang mengadakan kunjungan hormat di Seri Perdana baru-baru ini.

Kunjungan hormat itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau selama empat hari ke negara ini.

Dalam pertemuan itu, Djoomart yang bertanggungjawab dalam bidang ekonomi dan kewangan menyatakan minat Kyrgyzstan dalam meneroka kerjasama dalam bidang pelaburan dengan Malaysia.

Saya harap pertemuan ini akan merapatkan lagi hubungan Malaysia dan Kyrgyzstan, sekali gus dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my.

Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya.

Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment