Tuesday 5 February 2013

PM MALAYSIA KUAT BEKERJA







BONGAWAN : Rakyat negara ini perlu bersyukur memiliki seorang Perdana Menteri yang sentiasa bekerja keras dan berjiwa rakyat serta sanggup turun padang ke seluruh pelosok negeri, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Hj. Aman.

Dalam hubungan ini, katanya, rakyat perlulah terus memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Perdana Menteri seorang pemimpin yang tiada tolak bandinganya dan sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 di Zon Bongawan dan Zon Membakut di Dewan Baharu Bongawan dan Dewan SMK Membakut.

Pada kedua-dua majlis itu Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis mengingatkan ibu bapa yang hadir agar mempunyai sikap bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan Barisan Nasional.

Pada majlis di Bongawan Anifah dan Wakil Rakyat Bongawan, Datuk Karim Bujang telah menyumbangkan derma peribadi masing-masing RM1, Sekolah ini telah muncul Naib Johan Pertandingan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan.

Di Dewan SMK Membakut majlis yang sama, Anifah sekali lagi mengingatkan agar ibu bapa sentiasa berwaspada dengan pemimpin pembangkang yang akan muncul menjelang musim pilihan raya.

“Mereka ini tidak ikhlas dan hanya mementingkan diri serta hanya pandai berjanji dan ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang mengutamakan kebajikan rakyat, mengutamakan tentang keamanan dan perpaduan rakyat di negara agar terus subur dan dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata banyak bantuan-bantuan kerajaan yang sudah ditunaikan dan rakyat mendapat manafaatnya antaranya Bantuan Awal Persekolahan, subsidi minyak, beras, gula, makanan ruji, BR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Lesen 1Malaysia, KWAPM, RMT, e-Kasih, Bantuan golongan nelayan, petani, orang tua-tua, ibu-ibu tunggal, prasarana sekolah seperti menaik taraf bangunan sekolah, asrama, makmal komputer, rumah guru, kemudahan jalanraya, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan sebagainya; khususnya di Parlimen Kimanis.

Katanya, beliau telah berusaha untuk membawa pembangunan yang lebih terancang dan menjadikan kawasan Kimanis maju dan dinamik seiring dengan arus pembangunan perdana.

“Kewujudkan Petronas di Kimanis akan menjadikan daerah ini berkembang pesat, kerana persekitarannya akan mengalami impak yang besar dari segi, ekonomi dan sosial serta urbanisasi pembangunan,” katanya sambil menambah beliau juga telah berusaha dan berjaya menaiktarafkan Daerah Kecil Membakut kepada Daerah Penuh Kimanis.

Katanya dalam jangka masa yang mendatang akan wujudlah beberapa pejabat dan agensi kerajaan yang memberi keselesaan kepada rakyat Kimanis. Antaranya, Hospital Daerah, Masjid Daerah, Balai Bomba, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pusat Pentadbiran Daerah, dan sebagainya.

“Usaha ini adalah misi dan visi beliau bagi memastikan Parlimen Kimanis berkembang maju dan serba lengkap dan sudah pasti rakyat Kimanis yang akan merasai nikmatnya,” tegasnya.

Beliau juga meminta rakyat Kimanis agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang dan cuba merubah kerajaan yang sedia ada yang jauh lebih baik dan sudah terbukti sebuah kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat.

“Mana ada sebuah kerajaan di dalam dunia ini yang membantu rakyatnya seperti kerajaan Barisan Nasional,” tambahnya.

Anifah yakin rakyat Kimanis khususnya Membakut tidak mudah lupa dengan jasa kerajaan BN dan akan terus menyokong dalam PRU-13 yang tidak lama lagi.

Beliau amat sedih dan terharu dengan apa yang berlaku ke atas beberapa kerajaan yang dahulunya kuat dan gagah tetapi oleh kerana rakyatnya bercakaran dan pemimpinnya tamak kuasa maka negara-negara ini terus bergolak dan berbunuhan sesama sendiri.

Anifah berkata ini telah berlaku di negara-negara Timut Tengah separti di Iraq, Libya, Syiria dan Mesir.

“Negara kita walaupun rakyatnya berbilang kaum,agama dan kepercayaan tetapi hidup aman dan harmoni di bawah kerajaan Barisan Nasional. Sikap kesederhanaan dan toleransi serta saling hormat menghormati merupakan ramuan dan kunci utama perpaduan terus terpelihara sesuai dengan konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan” serta “Janji Ditepati,” tambahnya.

Selepas acara Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 di Dewan SMK Membakut Anifah bergegas untuk menghadiri Majlis Santai Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Kampung Tahak, Membakut.

Turut hadir dalam Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 ialah Adun Membakut, Datuk Hj. Mohd Arifin Hj. Arif' Setiausaha Politik Menteri Luar, Datuk Norhaidi Che Dan' Penolong Pegawai Daerah, Hj. Sanudin Ismail' Pegawai Khas Menteri Luar, Datuk Hj. Ag. Sahak Hj. Pg. Salleh Wakil Pegawai Pelajaran Beaufort Jali Nordin dan Puan Zarida Hj. Junaidi, Pengetua SMK Membakut.

Yang lain Pegawai Perhubungan Parlimen Kimanis Haji Jaafar Haji Ahmad, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kimanis, Hj. Mohammad Alimin; Ketua Penerangan Umno Bahagian, Dr. Daud Hj.Yusof; Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kimanis Idris Selamat; Hj. Ag. Kanak Hj. Ag. Mokti, Hj. Sani Marif, Hj. Mohd Saidin Ibrahim.

No comments:

Post a Comment