Sunday 17 February 2013

PPPS HANYA MAMPU PUJUK PILAKS?







PILAKS...Shamsuddin Chino dengan ahli-ahli PPPS yang berwajahkan 'Pilaks'  (gelaran untuk PATI Filipina)


Oleh: CHARLES P ANDIANG

SEKONG :  Pengerusi JKKK Kampung Air merangkap Ketua UMNO Cawangan Jalan Penglima Adam, Jafar Mustafah (gambar sisipan) menyifatkan tindakan Pengerusi Penaja PPPS Kawasan Sandakan,  Shamsudin Chino yang mahu menyingkir ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya pada PRU-13 nanti  seperti orang yang tidak siuman.

"Apa kekuatan Shamsuddin Chino hendak menentang Samsudin Yahya?  Apa pengaruhnya sedangkan hidupnya bersandarkan dengan orang lain.  Cakap bijak seperti peguam yang tidak bertauliah," kata Jafar.

Kata Jafar, beliau kenal betul Shamsuddin Chino empat  tahun lalu dia apabila dia (Shamsudin Chino) dilantik oleh ADUN Sekong sebagai Pengerusi JKKK Kampung Bambangan.

"Tetapi dipecat kerana Samsudin kuat mengugut dan menyalahguna kuasanya sebagai Pengerusi JKKK, terutama suka menggertak kontraktor yang masuk ke kampung tersebut  bagi melaksanakan pelbagai projek kecil," kata Jafar yang menjelaskan bahawa Shamsudin meminta bayaran 20 peratus daripada nilai kontrak, kononnya untuk tabung JKKK.

Disebabkan perbuatannya boleh menjejaskan nama baik kerajaan BN dan mencemarkan nama baik ADUN berkenaan, kata Jafar, akhirnya Samsudin dipecat daripada jawatannya.

Kata Jafar lagi, sekarang ini Shamsudin telah melantik dirinya sendiri sebagai  Pengerusi Penaja PPPS Sandakan yang mendakwa konon PPPS  sudah mempunyai ramai ahli dianggarkan lebih 1,000 orang.

"Apa yang dinyatakan oleh Samsudin Chino itu adalah satu pembohongan besar. Dari mana dia dapat sejumlah 1,000 orang itu? Lagipun kalau dilihat  kebanyakan wajah-wajah mereka  persis orang 'Pilaks' sahaja," kata Jafar.

Jafar menegaskan, beliau tidak bermaksud untuk membodek Datuk Samsudin Yahya, tetapi realitinya jika PPPS ingin menentang UMNO di Batu Sapi, mereka wajar cermin diri dahulu.

No comments:

Post a Comment