SIJIL....Dato'
Jeffry sedang menunjukkan Sijil Pendaftaran Pertubuhan PPS kepada Dato' Mazlan
dalam sesi pertemuan.
Oleh : SAIMON S JUMADI
TAWAU : Pertubuhan Pribumi
Sabah (PPS) yang beribu pejabat di Daerah Tawau berobjektifkan untuk
memperjuangkan hak-hak rakyat melalui usul kepada Perdana Menteri bagi meluluskan
cadangan mewujudkan semula Saham Amanah Rakyat Sabah (SARS) 1Malaysia yang sudah terkandas sekian lama.
Perjuangan PPS adalah
merupakan satu jihad untuk mengembalikan
hak-hak rakyat Sabah untuk mendapatkan semula saham seperti yang
dinyatakan itu.
Presiden Pertubuhan Pribumi
Sabah (PPS) Dato Dr Mohd Jeffry Rosman berkata kepada Sabahkini.Net sejurus selepas
beliau menerima kunjungan kehormat daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Mazlan Ahmad di pejabatnya di sini, kelmarin.
Kata Jeffry, perjuangan PPS
sebagai badan NGO terus membantu
habis-habisan kepada perjuangan BN untuk mempastikan BN/UMNO berkuasa
semula selepas PRU 13 nanti.
"Kalau PPPS dan APS
sebagai agen dan tali barut dan barua kepada Pakatan Rakyat untuk membantu
kempen kepada PKR-PAS dan DAP, saya
fikir PPS juga tidak salah kalau kita membantu berkempen untuk BN dan
UMNO," ujarnya.
Katanya, setakat ini jumlah
keahian PPS sudahpun mencecah 2,000 dan dalam jumlah sedemikian adalah pengundi
tegar BN kerana kebanyakan ahli PPS terdiri daripada ahli-ahli komponen BN seperti
UMNO, LDP, UPKO, PBS, PBRS dan MCA ini cukup dijadikan jentera gerakan
pilihanraya umum ke 13 nanti.
Ahli-ahli jawatankuasa PPS
kini akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain yang dipanggil 'Road
Show' untuk membantu kempen bagi memberikan penjelasan yang terperinci
kepada rakyat mengenai dasar dan konsep perjuangan BN/UMNO; sejak dari dulu dan
kini agar rakyat yang cintakan keamanan tidak mudah terpesong oleh hujah-hujah
sesat parti-parti pembangkang yang dianggap sebagai makhluk perosak kepada
manusia yang ada di muka bumi pertiwi ini,” ujar Jeffry lagi.
Tambah Jeffry lagi, parti
pembangkang sekarang sudah tidak sehaluan lagi kerana mereka asyik bertelingkah
dan bertelagah antara satu sama lain kerana masing-masing rasa tidak puas hati
dengan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen.
"DAP mahu begini
jumlahnya, PAS dan PKR mahu juga jumlah kerusi yang lebih. Sementara SAPP pula
telah ditolak mentah-mentah oleh Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali,"
kata Jeffry.
Sekarang, tambah Jeffry,
SAPP tidak punya hala tuju dan khabarnya
SAPP mahu rujuk semula ke pangkuan BN kerana mahu pemimpin BN
menerima Yong kembali kepangkuan BN kerana isu yang dibawa
SAPP, 'Sabah for Sabahan' adalah isu lapuk dan tidak boleh guna pakai dalam
PRU-13.
Kejujuran dan ketelusan
serta ketaatan para pemimpin UMNO/BN
yang disifatkan mereka tidak ubah
seperti perangai seperti Nabi;
maka kini 100 peratus masyarakat Cina, India, Kadazan Dusun dan Murut dengan
sebulat suara menyokong sepenuhnya perjuangan UMNO/BN.
"Malah mereka akan meninggalkan
DAP, PAS dan PKR sebaik sahaja Dewan bubar. Mungkin selepas Chap Goh Mei nanti,”
tambah Jeffry.
Sementara itu, Datuk Mazlan
Ahmad memuji kepada Jeffry yang merupakan satu-satunya anak muda di dalam
negara Malaysia yang tiada tolok bandingannya di Sabah kerana berani
menyuarakan bagi kepentingan UMNO/BN.
"Sifat-sifat yang ada
pada diri Dato Jeffry boleh dijadikan contoh dan idola kepada para Pemuda UMNO
dalam Malaysia supaya ikut jejak langkah beliau yang merupakan seorang pemimpin
NGO cukup berani, cukup tegas dalam menyuarakan untuk kepentingan kerajaan BN
dan para pemimpin UMNO/BN,” tambahnya.
Tambah Mazlan lagi, kepimpinan
yang ada pada diri Jeffry memang sukar ditandingi kerana beliau amat proaktif menjalankan
aktiviti tetapi tidak suka mengampu seperti kepimpinan pemuda yang lain.
I dont trust this.
ReplyDeletePerjuangkan visi? Sindiran?
ReplyDeleteThis is not served well.
ReplyDeleteThe startling revelation that Pakatan Rakyat wants to go for more than 50 state seats and take all 25 parliamentary seats has upset local opposition parties in Sabah.
ReplyDeleteDespite the “Kuching Declaration” and DAP Borneo Agenda among others, Pakatan Rakyat is blatantly refusing the idea of Sabah autonomy, said SAPP Youth chief Edward Dagul.
ReplyDeleteHe said the decision by Pakatan Rakyat leaders to only accommodate eight state seats for Sabah-based parties was very much like the “divide and rule” formula applied by BN all these years.
ReplyDeleteAfter all this time of building up hope for Sabahans that a majority of the parliamentary seats be left to federal-based parties while local parties get to contest the majority of the state seats under the ‘one to one’ concept, a concept which is acceptable to most opposition parties and supporters, their wishes are now denied.
ReplyDeleteKarambunai assemblywoman, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid, says she hopes the Sepanggar parliamentary seat will be allocated to Umno in the coming 13th general election.
ReplyDeleteJainab, who is also Assistant Minister of Resource Development and Information Technology, said the party with the strongest and largest machinery should be given the opportunity to offer its candidate, adding that there may be some impact if the candidate was not selected in that manner.
ReplyDeleteThe strongest machinery now is Umno Sepanggar because we have 18,000 members, of which 13,000 are voters in Sepanggar,
ReplyDeletethere are 3,000 voters from the People’s Volunteer Corps (Rela), over 2,000 voters from among the Tekun entrepreneurs, 2,000 voters from the Royal Malaysian Navy, who have benefitted from 1Azam and 1Malaysia People’s Aid.
ReplyDeleteBetul kah ini atau sekadar mahu meraih sokongan rakyat.
ReplyDeleteTahniah diucap kepada Dato Dr Mohd Jeffry Rosman.
ReplyDeleteTeruskan usaha untuk berkempen bagi pihak UMNO-BN.
ReplyDeleteDato Dr Mohd Jeffry Rosman patut dijadikan contoh kepada pemuda UMNO.
ReplyDeleteSelamat berdepan dengan PRU-13, berusahalah mempromosikan parti masing-masing.
ReplyDeleteRakyat patut tahu usaha yang diberikan oleh kerajaan dalam pembangunan negeri.
ReplyDeleteBN pasti akan menjadi pilihan rakyat.
ReplyDeletemisi dan visi BN amat jelas.
ReplyDeleteBN tidak risau dengan kewujudan parti baru di Sabah kerana BN sudah melalui proses ini banyak kali, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
ReplyDeleteNamun berdasarkan maklum balas rakyat masih menyokong BN dan Umno kerana mereka tahu BN dan Umno benar-benar memperjuangkan nasib mereka, kata belau.
ReplyDeleteMuhyiddin berkata BN tidak "terganggu" dengan apa juga kemungkinan kerana BN lebih fokus untuk membela nasib rakyat jelata".
ReplyDeleteSokongan rakyat Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) masih baik dan cukup mantap. Dalam hal ini, katanya, BN masih yakin dalam mengekalkan Sabah sebagai 'simpanan tetap' untuk parti gabungan itu.
ReplyDelete"Berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada saya dan maklumat yang diperoleh daripada pertemuan dengan pemimpin Umno dan BN Sabah (di Kota Kinabalu) semalam, sokongan rakyat Sabah terhadap BN masih bagus.' Kata Muhyiddin.
ReplyDeleteSelanjutnya beliau sebagai berkata, BN tidak berhenti setakat itu kerana tugas memperbaiki hidup rakyat dan program Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) yang dilakukan merupakan permulaan kepada banyak perkara yang kita buat untuk mengurangkan beban rakyat.
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) perlu berusaha keras untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, sekali gus menghakis ancaman perpecahan sesama Melayu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
ReplyDeleteBeliau berkata BN juga bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan demi masa depan bangsa dan negara dan sehubungan itu penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN membariskan calon yang betul.
ReplyDelete"Pentadbiran harus membariskan calon 'winnable' (boleh menang) di kawasan-kawasan yang mereka paling sesuai. Sebagai contoh, salah untuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu kerana UMNO tidak akan mendapat sokongan dari orang bukan Melayu," katanya.
ReplyDeleteJelas beliau, penempatan calon di sesuatu kawasan perlulah bijak supaya pengundi akan mengundi BN. "Inilah yang bermakna kongsi. Barisan Nasional ialah satu coalition (satu kongsi). Bukan macam Pakatan Rakyat. Pakatan bukan kongsi, bukan coalition. Ia cuma pakat. Macam pakat nak bunuh orang. Jadi lepas pakat, nak buat kerajaan macam mana.
ReplyDelete"PAS tarik sebelah sana, DAP pula sebelah sini. Yang Datuk Seri Anwar (Ibrahim) konon nak jadi Perdana Menteri," katanya.
ReplyDeleteDr Mahathir juga berkata sesetengah pemimpin UMNO telah tergelincir daripada perjuangan asal parti, iaitu untuk menegakkan bangsa Melayu."Kini, beberapa ahli politik berjuang untuk datang ke kuasa dan mengekalkan ia, dan sanggup untuk sabotaj antara satu sama lain bagi maksud itu," katanya.
ReplyDeleteDitanya sama ada perlu untuk BN menang majoriti dua pertiga, Dr Mahathir berkata kemenangan dua pertiga amat perlu sekiranya ingin meminda Perlembagaan Persekutuan. "Kalau tidak ada kemenangan dua pertiga, maka ia menunjukkan kerajaan yang lemah, yang akan ditekan oleh parti lawan," terang beliau.
ReplyDeleteDr Mahathir mengingatkan rakyat Malaysia menggunakan akal fikiran ketika membuat keputusan untuk mengundi parti mana dan tidak semata-mata berpandu kepada emosi bagi menentukan masa depan negara.
ReplyDeleteBeliau berkata emosi dan perasaan mungkin akan mendorong rakyat buat keputusan yang salah dan sebab itu perlu disokong pemikiran waras agar mampu membuat penilaian bijak.
ReplyDeleteKatanya jika rakyat mahu sentiasa dihormati dan disegani, mereka perlu bertindak secara bijak dan tidak mudah terpengaruh agar urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. "Saya harap rakyat sedar dan boleh berfikir, harap mereka tidak terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan. Oleh itu, penggunaan akal fikiran serta merancang strategi akan menentukan masa depan negara," katanya.
ReplyDelete