Wednesday 27 February 2013

PRESIDEN FILIPINA BERI AMARAN KEPADA PENCEROBOH





           
PRESIDEN Filipina Benigno Aquino memberi amaran kepada kepada seorang 'Sultan' negara itu bahawa pembesar berkenaan berdepan dengan tindakan keras sekiranya tidak menghentikan pertentangan dengan pihak berkuasa Malaysia di Sabah.

Laporan AFP menyebut, Aquino mengarahkan Sultan Jamalul Kiram III mengundurkan 180 orang pengikutnya – termasuk kira-kira 30 orang yang bersenjata yang kini sudah dua minggu menduduki kawasan perkampungan nelayan di Lahad Datu.

“Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan paling keras mengikut undang-undang negara ini akan digunakan untuk mencapai keadilan bagi kesemua yang diletakkan dalam bahaya," kata Aquino dalam satu siaran televisyen.

Katanya, Jamalul Kiram selaku pemimpin seharusnya bersama kerajaan untuk mengarahkan pengikut mereka kembali ke kampung halaman dengan aman.

Aquino memberi amaran bahawa beliau telah mengarahkan siasatan ke atas kesemua pelanggaran undang-undang oleh Jamalul Kiram, pengikut dan pihak yang bersubahat dalam kegiatan tersebut.

Katanya, peruntukan negara itu menetapkan bahawa undang-undang yang menghalang rakyat menghasut untuk berperang boleh dihukum sehingga 12 tahun penjara.

51 comments:

  1. I dont think that old man will listen.

    ReplyDelete
  2. Aquino should be more stern.

    ReplyDelete
  3. This is affecting the LD folks lives.

    ReplyDelete
  4. we want peace country. Jangan diselesaikan dengan pertumpahan darah sudah. Harap semua pihak akan mengambil tindakan yg bijak dalam hal ini. supaya tidak ada sesiapa yang terkorban

    ReplyDelete
  5. Penceroboh harus keluar dari situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan membiarkan penceroboh ini mengancam ketenteraman.

      Delete
  6. I think sooner or later ,this group will be shot dead.

    ReplyDelete
  7. Warnings should be given frequently.

    ReplyDelete
  8. This matter shouldn't be prolonged.

    ReplyDelete
  9. Hal ini akan menjadi serius jika mereka tetap berkeras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan membiarkan keadaan sehingga menggunakan kekerasan.

      Delete
  10. Replies
    1. Memang keras tuntutan mereka. apapun, kerajaan pasti akan mengambil langkah yang terbaik agar tuntutan ni dapat dihalang.

      Delete
  11. Penceroboh harus dihantar keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mereka enggan juga untuk tinggalkan negara ni, mungkin tindakan keras boleh diambil untuk keselamatan.

      Delete
  12. Pihak berkuasa harus bertindak keras sekiranya penceroboh bertindak sedemikian.

    ReplyDelete
  13. Jangan biarkan keadaan diluar kawalan.

    ReplyDelete
  14. Kerjasama kedua negara amat diperlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua-dua buah negara perlu penyelesaian secara profesional.jangan biarkan rakyat sendiri bertindak mengikut emosi mereka.

      Delete
  15. Biarkan penceroboh ini dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  16. Perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang ditandatangani di Istana Malacanang di Manila menguntungkan Malaysia dan negara berkenaan.

    ReplyDelete
  17. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, di pihak kerajaan Filipina, mereka tidak perlu meletakkan anggota tentera yang ramai di Mindanao kerana kawasan yang aman akan wujud di wilayah berkenaan apabila terbentuknya wilayah autonomi Bangsamoro.

    ReplyDelete
  18. Katanya, di samping itu, beberapa pembangunan akan berlaku di Mindanao termasuk pembangunan sumber asli, infrastruktur serta kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) terutamanya daripada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dari Malaysia.

    ReplyDelete
  19. "Apabila ia menjadi satu kawasan yang aman, kita harap Pasukan Pemantau Antarabangsa di sana akan memainkan peranan yang agak terbatas kerana tindakan ketenteraan akan digantikan dengan tindakan diplomatik," katanya.

    ReplyDelete
  20. Ahmad Zahid berkata, di pihak Malaysia pula, perjanjian damai itu akan dapat mengurangkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Mindanao melalui pantai-pantai di Sabah.

    ReplyDelete
  21. Tambah beliau, ia secara tidak langsung akan mengurangkan Ops Pasir yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan membolehkan operasi itu diperluaskan di kawasan lain di sekitar Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  22. "Di samping itu, kita akan mencari jalan bersama Kementerian Dalam Negeri untuk menentukan hanya rakyat Malaysia di Sabah diberikan kad pengenalan manakala masalah PATI yang duduk di pulau-pulau di Sabah akan dapat diselesaikan apabila kembali ke kampung asal mereka di Mindanao," ujarnya.

    ReplyDelete
  23. Nampaknya polis akan membuat apa yang patut selepas ini dalam kes ini.

    Presiden Filipina Benigno Aquino memberi amaran kepada Sultan Sulu pada Selasa bahawa beliau akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya tidak menamatkan pencerobohan pengikutnya di Sabah.Aquino memberitahu Sultan Jamalul Kiram III untuk memanggil pulang 180 pengikutnya supaya meninggalkan sebuah perkampungan nelayan dekat Lahad Datu yang diceroboh masuk sejak 9 Februari lalu.

    ReplyDelete
  24. "Sekiranya anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan undang-undang negara ini akan digunakan untuk mencapai keadilan bagi semua.

    "Keadaan seperti ini tidak boleh berterusan. Jika anda seorang pemimpin sebenar pengikut anda, anda perlu bekerjasama dengan kami dalam mengarahkan mereka pulang secara aman," kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan.

    Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman.

    ReplyDelete
  25. Kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mendakwa merupakan saudara kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masih ingkar dan menolak permintaan terbaru oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino dan wakil Malaysia walaupun tiga tarikh akhir diberikan kepada mereka telah dilanjutkan, di mana yang terakhir berakhir pada Selasa.

    Setelah membiarkan pasukan Sulu mengepung selama hampir tiga minggu, pasukan keselamatan Malaysia, yang menunggu untuk mendapatkan satu perintah untuk menangani kumpulan bersenjata itu, dengan tampil di beberapa lokasi strategik di dalam dan di luar sekitar perladangan Felda pada Selasa.

    ReplyDelete
  26. Kerajaan dan pasukan perubatan tentera bersiap sedia bagi menunggu lampu hijau untuk mengusir kumpulan Sulu.

    Ditanya sama ada langkah menentang penceroboh Sulu akan dibuat dalam tempoh 24 jam yang akan datang, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata: “Mungkin. Kami bersedia untuk menamatkan pencerobohan ini.”

    Polis memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  27. Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata episod yang bermula sejak 12 Feb lepas akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang.

    Ditanya tindakan yang akan diambil selepas tamatnya tempoh yang diberi pihak berkuasa kepada kumpulan itu Ahad lepas, Khalid sekadar berkata: "Tunggu dan lihat".Katanya tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo.


    ReplyDelete
  28. "Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini. Cuma saya menasihati orang ramai supaya jangan bimbang dan jangan ragu-ragu. Insya-Allah, kita selesaikannya dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

    Apabila ditanya sama ada proses rundingan masih berlaku dengan kumpulan tersebut, Khalid berkata: "Saya tidak mahu lagi mengulas perkara (rundingan) itu".

    ReplyDelete
  29. Khalid juga berkata polis tidak tahu menahu mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya empat anggota keluarga Kiram (kerabat Kesultanan Sulu) telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

    Terdahulu selepas menerima taklimat mengenai perkembangan insiden itu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17, Pasukan Gerakan Am (PGA) Felda Sahabat, Khalid menjelaskan kepada pemberita bahawa insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu masih di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia.

    ReplyDelete
  30. isu berkenaan masih ditangani sebagai isu keselamatan negara dan operasi turut melibatkan agensi keselamatan lain.

    Keadaan di sini masih seperti biasa dan tujuan lawatan saya pagi ini semata-mata untuk menemui anggota saya di lapangan

    ReplyDelete
  31. setakat ini tidak terdapat sebarang unsur luar yang campurtangan dalam usaha polis menyelesaikan isu berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan sebarang campurtangan seperti itu menganggu urusan keselamatan negara.

    Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih bertanggungjawab dalam kes pencerobohan kumpulan yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduao.

    ReplyDelete
  32. Pada masa ini pihaknya masih memainkan peranan utama dalam menyelesaikan kes itu yang kini telah pun memasuki hari ke-15.

    Bagaimanapun jelasnya, pihak polis terus mendapat kerjasama daripada semua pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya.

    ReplyDelete
  33. Kita ada pasukan bersama dan ini adalah isu dalaman jadi ia masih dalam tanggungjawab PDRM.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun, berkata industri pelancongan di Sabah tidak terjejas walaupun kejadian pencerobohan sekumpulan warga Filipina di Lahad Datu kira- kira dua minggu lalu.

    ReplyDelete
  34. kerana kampung Tanduo, Tungku yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu di mana kumpulan itu dikepung pasukan keselamatan adalah kawasan terpencil.

    setakat ini ia tidak menjejaskan sektor pelancongan di Sabah dan tiada pelancong yang membatalkan tempahan mereka.

    ReplyDelete
  35. Memang kita ada terima beberapa pertanyaan mengenai perkara ini tetapi saya memberitahu mereka bahawa Sabah selamat dan tiada masalah.

    “Ini kerana kumpulan penceroboh itu datang ke Sabah bukan untuk cari gaduh tetapi mereka datang untuk menunjukkan dan mendaftarkan tuntutan mereka kepada pihak berkuasa kerana mereka fikir mereka ada hak.

    Kita haruslah yakin yang mana kerajaan akan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  36. Pihak berkuasa harus memastikan keadaan sentiasa dalam kawalan.

    ReplyDelete
  37. Cuma ketatkan kawalan dan kemasukan ke negeri yang dapat mengurangkan isu seperti ini.

    ReplyDelete
  38. Jangan biarkan unsur ini berterusan dan mengancam ketenteraman.

    ReplyDelete
  39. Risalah-risalah dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri disebar di sekitar kawasan Kampung Tanduo sejak semalam tetapi setakat ini pihak keselamatan Malaysia belum menerima sebarang reaksi daripada kumpulan itu

    ReplyDelete
  40. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sejak risalah itu ditabur, belum ada maklum balas daripada kumpulan penceroboh itu.

    ReplyDelete
  41. "Saya percaya mereka telah mendapat 'flyers' itu," katanya pada sidang akhbar, Khamis, mengenai perkembangan terkini usaha menamatkan insiden yang bermula sejak kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu menceroboh perkampungan nelayan kira-kira 130km dari sini 12 Februari lepas.

    ReplyDelete
  42. Hamza berkata pasukan keselamatan tidak teragak menggunakan kekerasan sekiranya anggotanya terancam.

    ReplyDelete
  43. Kami tidak mahu mereka (penceroboh) meletakkan pasukan polis atau pasukan keselamatan kita dalam satu situasi di mana kami tidak ada pilihan lain (kecuali mengambil tindakan kekerasan).

    ReplyDelete
  44. Kita kena ingat bahawa tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa. Tapi nyawa pasukan keselamatan lebih penting daripada nyawa mereka (penceroboh)," katanya.

    ReplyDelete
  45. Hamza berkata sebarang tindakan oleh pihak keselamatan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta mengambil kira sebarang kemungkinan dan kesan tindakan yang diambil

    ReplyDelete