Saturday 23 February 2013

RAKYAT SABAH WAJAR SOKONG DAP






ROSAK...Jalan masuk Taman Mesra membuktikan MPS mengabaikan tanggung jawab mereka.

Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto  : SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN : Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Bahagian Sandakan yang diadakan di hadapan perkarangan pejabatnya di Bandar Litat, Jalan Utara dekat sini malam tadi telah dihadiri lebih 1,000 orang yang terdiri daripada lapisan masyarakat berbilang kaum.

Dalam ucapan, Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong antara lain mendedahkan beberapa perkara antaranya yang menjadi isu ialah kerosakan jalan raya dari Batu 32 sehingga ke Kinabatangan dan Lahad Datu telah menjadi kemarahan seluruh rakyat jelata kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Isu kedua ialah bekalan air paip sering terputus termasuk bekalan elektrik boleh dikatakan setiap hari terganggu dan ini menyebabkan rakyat marah terutama sekali masyarakat Cina 80 peratus sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan Kerajaan BN.

Selain itu, kata Steven Wong kebanyakan kerosakan jalan-jalan di kawasan taman-taman perumahan langsung tidak diselenggarakan walaupun penduduk berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) langsung tidak indahkan sebagai contohnya jalan Taman Mesra berlubang sana berlubang  ini  sehingga sekarang tidak diambil tindakan langsung oleh MPS.

Mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu yang berlaku baru-baru ini  Wong menyifatkan sebagai satu sandiwara sahaja untuk menakut-nakutkan rakyat sahaja dan ini juga mungkin ada kaitan dengan RCI.

Wong selanjutnya menyarankan kepada masyarakat Cina agar bersatu padu penyokong kepada parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR untuk menentukan  Pakatan Rakyat menjadi tampuk pemerintahan selepas PRU 13 nanti.





HADIR....Lebih 1000 masyarakat berbilang kaum yang menghadiri majlis Rumah  Terbuka Tahun baru Cina DAP. 




ANG PAU...Wong bersama-sama pemimpin kanan DAP memberikan Ang Paw kepada Ketua Kumpulan Tarian Singa-Singa.


Ditanya mengenai tindakan SAPP yang dikhabarkan mahu menyertai semula sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional (BN)  selepas Yong Teck  Lee kecewa kerana permintaan kerusi sebanyak 40 untuk bertanding pada PRU 13 ini nanti  ditolak oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali; Wong menjelaskan Presiden SAPP sejak dari dulu Yong  memang seorang tidak mempunyai pendirian tetap.

“Mungkin rakyat di Sabah masih ingat lagi semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, di mana pada masa itu SAPP masih dalam komponen BN Yong Teck Lee yang mendesak kepada Tun Abdullah  meminta jawatan menteri di kerajaan persekutuan, tetapi permintaannya ditolak lantas merajuk dan keluar dari BN sehingga membawa kesusahan kepada ADUN-ADUN dan ADR lainnya.

"Bagus juga. Kita tidak mahu ada sebuah parti dalam Pakatan Rakyat yang menjadi duri dalam daging seperti SAPP biarlah kalau itu pilihannya saya rasa pemimpin BN pun tidak akan menerima kemasukannya semula dalam BN sebab mereka tahu siapa Yong Teck Lee  sebenarnya yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan,” ujarnya Steven Wong.

2 comments:

  1. PR juga banyak Katak dan mereka yang keciwa. Baguslah itu kalau kesultanan Sulu ambil Sabah. Senang sikit kerja anwar. X perlu fikir fix deposit yang tinggi keatas Sabah melalui BN. Senang-senang dia menuju putrajaya naik keldai.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete