Saturday, 16 February 2013

REBUT PELUANG TIMBA KEMAHIRAN






SIJIL....Masiung menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KUAMUT : Rakyat khasnya  golongan belia harus merebut segala peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam pelbagai aspek khususnya dalam menimba ilmu bagi satu-satu kemahiran.

Kerajaan menerusi beberapa agensinya termasuk Yayasan Sabah telah berusaha sedaya upaya untuk membimbing kepada rakyat sama ada tinggal di Bandar mahupun diluar Bandar supaya menceburi dalam satu-satu bidang untuk menjana kehidupan di masa depan yang lebih terjamin.

Ini jelas kerana pihak Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjur Kursus Membuat  Biskut dan Pau untuk kaum belia diberi tunjuk ajar cara-cara membuat Pau dan Biskut  bilamana mereka  sudah mempunyai kemahiran mereka boleh membuka kilang roti secara kecil-kecilan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Masiung Banah berkata demikian ketika berucap dimajlis penutupan Kursus Membuat Biskut dan Pau anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Utara dengan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kuamut yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna Kampung Linayukan, baru-baru ini.

Masiung berharap mereka yang telah mengikuti kursus tersebut agar  tidak mensia-siakan ilmu yang  ditimba hasil daripada mengikuti kursus  tersebut hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya dan mereka yang mempunyai sedikit pengetahuan,  teruskan mencuba membuat Pau dan Biskut tersebut sebagai satu usaha memantapkan ekonomi.

Lebih 80 orang yang terdiri pada golongan belia  dan surirumah yang datang dari kampung-kampung berhampiran telah mengikuti kursus tersebut  dan mereka diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur.

35 comments:

  1. This is one of the good ways.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A good way to help the people learn a new skill to upgrade themselves.

      Delete
    2. They need to appreciate the effort to upgrading themselves to increase the competitive power.

      Delete
  2. Ini dapat membantu penduduk setempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penduduk setempat bolehlah mempelajari kemahiran baru untuk menjana keuntungan.

      Delete
    2. Betul.. masing-masing harus berusaha membaiki status dan menaikan daya bersaing.

      Delete
    3. Ini antara program kerajaan untuk rakyat yang harus di ikuti.

      Delete
  3. Grab the chance and make good use of it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai peluang untuk rakyat meningkatkan kemahiran diri, rakyat patut menghargainya.

      Delete
  4. Rebutkan peluang yang diberi kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat sendiri perlu pandai berusaha jika mahu mengubah nasib sendiri.

      Delete
    2. Peluang tidak menantikan anda. Harus menghargainya.

      Delete
    3. Berusaha untuk memajukan diri sendiri, jangan terlalu bergantung dengan kerajaan.

      Delete
  5. Replies
    1. Jangan sia-siakan niat baik kerajaan.

      Delete
  6. Jangan persendkan usaha kerajaan

    ReplyDelete
  7. Usaha kerajaan memberi peluang pekerjaan adalah amat membanggakan.

    ReplyDelete
  8. Belia harus bersedia untuk membaiki lagi kemahiran.

    ReplyDelete
  9. Penduduk luar bandar harus diberi peluang untuk menjawat.

    ReplyDelete
  10. ilmu dan kemahiran amat penting, kita perlu menimbanya.

    ReplyDelete
  11. gunakan peluang yang ada sebaiknya.

    ReplyDelete
  12. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menyifatkan pendekatan yang diambil oleh Puteri dan Pemuda UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam memastikan golongan muda terus mendapat perhatian merupakan usaha yang berkesan.

    ReplyDelete
  13. "Saya lihat pendekatan yang diambil kedua-dua sayap (pemuda dan puteri ) begitu berkesan kerana ia sekaligus meningkatkan keyakinan orang muda terhadap parti.

    ReplyDelete
  14. "Ini kerana ianya berteraskan kepada usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, bukan sekadar retorik semata-mata," katanya.

    ReplyDelete
  15. Menurutnya, antara usaha seperti menganjurkan program BN Youth Job Fair, menepati kehendak golongan tersebut bahkan mendapat reaksi yang baik.

    ReplyDelete
  16. "Program BN Youth Job Fair yang diadakan sebagai membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia. Selain itu, program yang dilaksanakan seperti menyelesaikan masalah perumahan serta kehendak usahawan-usahawan muda turut menjadi perkara yang diutamakan.

    ReplyDelete
  17. Datin Seri Rosmah Mansor meminta generasi muda supaya bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati di negara ini berbanding keadaan sebaliknya di sesetengah negara lain.

    ReplyDelete
  18. "Sewaktu saya mengikuti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru–baru ini, saya begitu sedih melihat keadaan di sana.

    ReplyDelete
  19. "Mereka tidak tahu apa yang akan berlaku esok, tiada jaminan bagi nyawa mereka. Ibu bapa sentiasa khuatir akan keselamatan anak-anak. Sekolah dalam keadaan daif, keadaan universiti bukan seperti negara kita...ia telah dibom.

    ReplyDelete
  20. Pelbagai insentif untuk golongan belia yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 jelas membuktikan kerajaan BN sentiasa prihatin dan mendengar suara dan isi hati golongan muda.

    ReplyDelete
  21. RM51.7 bilion telah diperuntukan untuk golongan muda dan ini menunjukkan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak ambil peduli suara orang muda terbukti tidak benar.

    ReplyDelete
  22. "Belanjawan yang dbentangkan memperlihatkan keprihatinan dan suara generasi muda diambil kira oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

    ReplyDelete
  23. Golongan muda mula menunjukkan dokongan terhadap BN setelah mereka melihat kerajaan berjaya menepati semua yang dijanjikan.

    ReplyDelete