Friday 1 February 2013

RIBUT 'INIKALILAH' MELANDA KAUM TIONG HUA






Saudara Pengarang,

DIANGGARKAN 95 % masyarakat Tiong Hua Sabah mahu satu perubahan drastik dilakukan terhadap kerajaan di Sabah hari ini. Rata-rata mereka sangat menantikan pembubaran setelah sekian lama diwar-warkan.

Jika kita tanya segenap lapisan masyarakat Tiong Hua, mereka memberi petunjuk ibu jari ke arah bawah. Jika kita tanya adakah BN ada peluang kali ini? Kata mereka,  'INI KALI LAH!'

Senario ini sememangnya membimbangkan semua pemimpin BN. Apa tidaknya dengan pendedahan demi pendedahan eksklusif RCI yang dibawa terus daripada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memarakkan kebencian mereka terhadap BN.

Kita juga dapati sekarang masyarakat Tiong Hua yang berada di atas pagar, yang sebelum ini masih belum membuat apa-apa keputusan mereka, juga sudah terpengaruh dengan rakan mereka agar tidak memberi peluang lagi pada BN kali ini.

Seperti kita maklum, masyarakat Tiong Hua di Sabah sering menjadi 'King Maker' terhadap keputusan pilihanraya sejak zaman USNO lagi sehinggalah ke hari ini. Kita sedia maklum, terdapat 8 kawasan DUN yang majoriti pengundi adalah Tiong Hua.

Antara kawasan kubu kuat mereka ialah N 44 Karamunting iaitu dalam kawasan parlimen Batu Sapi. Berdasarkan faktor sentimen anti-BN dalam masyarakat Tiong Hua Sabah sekarang, adalah tidak hairan jika kesemua DUN ini bakal ditawan PR, menerusi DAP.

Kita juga menjangkakan masyarakat Tiong Hua di kawasan lain bakal memberikan undi mereka pada PR kali ini. Tindakan luar biasa ini tidak boleh dihalang lagi kerana masyarakat Tiong Hua mahukan  satu perubahan setelah pemimpin Tiong Hua dalam BN diibaratkan sebagai 'Ikan Masin'.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment