Wednesday 6 February 2013

RUNDINGAN SAPP-PAKATAN DITANGGUHKAN






Oleh : CLARA CHOOI

KUALA LUMPUR : Rundingan kerusi Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) telah dihentikan buat sementara waktu, menurut sekutu PR Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, satu lagi petunjuk kegagalan pembangkang untuk bersatu dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Pemimpin-pemimpin dari kedua-dua pihak masing-masing mendakwa “pintu sentiasa terbuka” tetapi drama di bekalang tabir menunjukkan sebaliknya.

Menurut Ketua Penerangan SAPP Chong Pitt Fah, ketua partinya Datuk Yong Teck Lee memberitahu sidang media Ahad lalu di Sabah rundingan kerusi dengan PR masih berjalan dan belum mencapai kebuntuan.

Akan tetapi apabila ditanya kepada bekas penyokong kuat BN mengenai perkembangan rundingan, Bumburing menyatakan sebaliknya.

“Apa yang SAPP bimbangkan, Pakatan [mempunyai] kesukaran untuk menampung bilangan kerusi yang mereka tuntut dan seolah-olah rundingan kerusi dengan mereka terhenti buat masa kini,” Bumburing memberitahu The Malaysian Insider dalam temu bual melalui emel pada hujung minggu.

The Malaysian Insider juga difahamkan PR tidak bersedia untuk menyerahkan kerusi kepada SAPP berasaskan Sabah walaupun parti tersebut lebih biasa dengan penduduk tempatan di negeri Malaysia timur itu, menegaskan mereka adalah sebuah parti yang didominasi masyarakat Cina.

“Kekuatan SAPP terhad di kawasan bandar. Sekarang pengundi Cina meletakkan harapan kepada DAP untuk memperjuangkan hak mereka,” kata Bumburing.

Ini turut diulangi dalam temuramah terkini bersama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

“SAPP adalah parti berasaskan Cina… jadi siapa yang akan mewakili KDM (Kadazandusun dan Murut)? Sudah tentu mereka mendakwa sebagai parti berbilang kaum.. tetapi, asas mereka adalah Cina,” katanya.

Bumburing sebelum ini adalah timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang berasakan Sabah, kini memimpin pergerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

Bersama-sama dengan ketua Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Datuk Seri Lajim Ukin yang juga bekas ahli parlimen Barisan Nasional Umno Sabah, kedua-dua pergerakan pro PR itu membantu menyusun barisan pembangkang untuk menumbangkan BN.

Azmin mengatakan tuntutan awal SAPP untuk bertanding 40 daripada 60 kerusi dewan undangan negeri adalah tidak munasabah, kerana ia hanya meninggalkan 20 kerusi bagi parti pembangkang lain berkongsi sesama sendiri.

“Pada mulanya, mereka mahukan 40 kerusi, dan ini tidak boleh diterima oleh PKR kerana kita ada PAS, DAP, APS dan PPPS… kita semua mesti bekerjasama.

“Kemudian mereka kata bersedia untuk mengurangkan bilangan kerusi tetapi angka terakhir, paling banyak mereka boleh mengalah hanya kira-kira lima kerusi ... sekali lagi, masih sangat besar,” katanya.

Ahli parlimen Gombak walau bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan angka kerusi PR, APS dan PPPS mahu berkongsi dengan SAPP, dengan mengatakan angka tersebut perlu diselesaikan di belakang tabir.

Beliau mengakui hujah SAPP bahawa pertandingan bagi Sabah harus di kalangan penduduk tempatan tetapi berkata laungan perang “Sabah untuk rakyat Sabah” “tidak lagi terpakai selepas lebih 50 tahun merdeka”.

“Walaupun PKR, DAP dan PAS adalah parti politik nasional, kita juga termasuk rakan-rakan di Sabah dan Sarawak.

“Kami percaya dalam autonomi bagi Sabah dan Sarawak tetapi itu tidak bermakna bahawa PR tidak boleh bertanding di Sabah - setiap seorang daripada calon kami adalah rakyat Sabah,” katanya.

Akan tetapi pemerhati percaya SAPP adalah komponen pantng bagi perjuangan PR di Sabah dan tanpa mereka bersama, perlawanan pembangkang boleh menjadi tiga atau empat penjuru, yang akan memecahkan lagi undi pembangkang dan mencerahkan lagi peluang BN.

Satu lagi halangan PR di negeri tersebut adalah parti baru STAR (Parti Pembaharuan Negeri) – pergerakan yang diketuai oleh ahli politik licik Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang turut mempunyai pengaruh di jiran mereka Sarawak.

SAPP atau PR kedua-duanya belum berjaya setakat ini dalam rundingan dengan STAR, dan Jeffrey, yang merupakan adik ahli politik veteran dan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dari BN - juga meletak orang-orangnya di majoriti atau semua 60 kerusi Dun di seluruh Sabah dalam pilihan raya akan datang.

Sebaik sahaja selepas Bumburing dan Lajim keluar dari BN Julai lalu, Jeffrey memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak gentar dengan dua orang kuat itu yang menyertai perlawanan pembangkang untuk Sabah.

Akan tetapi, beliau berkata, untuk kepentingan Sabah, semua parti pembangkang mesti bekerjasama untuk menjatuhkan BN dan tidak menunjukkan siapa lebih berkuasa berbanding yang lain.

“Pendirian STAR, kami akan memberi tumpuan di kawasan-kawasan yang mana kami rasa kami kuat. Kami akan memberitahu mereka (parti pembangkang) bahawa kami tidak akan berkompromi di kubu kuat kami,” katanya ketika dihubungi.

Tetapi ada juga bercakap tentang kemungkinan perkongsian antara STAR dan SAPP, sekiranya rundingan kerusi SAPP dengan PR mencapai kebuntuan.

Pemerhati percaya ini boleh meletakkan PR di belakang, terutamanya oleh kerana pakatan tersebut melihat pilihan raya akan datang sebagai peluang terbaik lagi untuk merampas kuasa negeri dan persekutuan dari BN.

“Jika SAPP dan STAR di luar Pakatan terdapat beberapa kebimbangan daripada pengundi. Bagaimana kita tahu kekuatan mereka dan kita percaya bahawa dalam PRU 13, pengundi hanya akan mempunyai pilihan antara Pakatan dan BN,” kata Bumburing, bersetuju.

Tetapi beliau menambah bahawa kedua-dua pihak (SAPP-STAR) mungkin akan melalui satu lagi pertembungan apabila cuba untuk membahagikan kerusi di kalangan mereka, kerana kedua-dua belah pihak percaya mereka perlu mengambil bahagian yang besar.

    “Jika kedua-dua pihak tidak sanggup mengalah majoriti kerusi Dun dengan Pakatan, saya tidak dapat melihat bagaimana mereka boleh mengalah sesama sendiri.

“Kedua-dua pemimpin SAPP dan STAR dikenali mempunyai cita-cita besar,” katanya, merujuk kepada Yong dan Jeffrey.

Sementara itu, The Malaysian Insider juga difahamkan rundingan kerusi antara tiga teras PR PKR, PAS dan DAP, serta APS dan PPPS, sudah hampir selesai.

Telah dipersetujui APS milik Bumburing dan PPPS milik Lajim akan membariskan calon-calon di bawah panji-panji PKR, dan membantu parti untuk memenangi undi dari komuniti penting negeri tersebut Kadazandusun dan Murut serta komuniti Melayu.

“Kami sedang berbincang mengenai isu mana parti / kumpulan adalah yang terbaik / kuat untuk menangani di kerusi tertentu.

“Sabah mempunyai citarasa politik yang berbeza. Walaupun pengasingan parti adalah penting, soal siapa menjadi calon penting kalangan pengundi.

“Para pengundi luar bandar perlu diambil serius kerana kadang-kadang isu-isu nasional tidak tenggelam ke dalam pemahaman mereka,” Bumburing menjelaskan dalam satu temubual emel.

Dalam Pilihan Raya 2008, BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga sebahagian besarnya kerana semenanjung, dimana mereka hanya menang 85 kerusi dan pembangkang merampas 80 kerusi.

Penyelamat BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan dimana parti pemerintah itu mengalahkan pembangkang dimana mereka memenangi 55 kerusi parlimen manakala pembangkang hanya menang dua kerusi. (TMI)

No comments:

Post a Comment