Tuesday 5 February 2013

SAMPAI BILAKAH PENINDASAN AKAN BERAKHIR?






INDAH.....Keindahan pantai di sini amat-amat mengkagumkan! Semoga ia akan mampu bertahan untuk selama-lamanya.

Oleh : GALUS AHTOI

AMAT menghairankan apabila kawasan yang telah diduduki, didiami dan diusahakan sejak lebih 30 tahun yang lalu, tiba-tiba menjadi hak milik orang lain kerana lebih 200 orang luar telah diberikan geran tanah di Kg. Mas-Mas, Sungai Burung, di kawasan Balung, Tawau.

Tanah seluas lebih kurang 15 ekar setiap keluarga telah pun diusahakan dengan pelbagai tanaman termasuk kelapa sawit tetapi akhirnya hanya kurang dari separuh keluasan telah diberikan geran sementara yang selebihnya telah diberikan geran kepada orang lain.

"Kami akan cuba sedaya upaya mempertahankan tanah kami ini dan berharap pihak Jabatan Tanah dan Ukur bertindak adil dan mempunyai perasaan bahawa kami ini juga adalah manusia yang perlu hidup dan perlu tanah seperti orang lain..." kata salah seorang daripada mereka semasa lawatan bersama di lapangan pagi kelmarin.

No comments:

Post a Comment