Tuesday 26 February 2013

SAPP BAGAIKAN ANJING TERSEPIT






SERAH ....Tiga Wakil Rakyat berjiwa rakyat sedang menampaikan BR1M RM500 kepada warga emas

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING : Menteri Belia dan Sukan, Datuk Peter Pang En Yin, berkata kadar kemiskinan menurun memandangkan negeri ini sering menumpukan usaha-usaha membantu golongan miskin dan yang berpendapatan rendah terutamanya di luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup.

Sehubungan dengan itu, beliau menyambut baik kenyataan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr. Rahamat Yusoff dengan dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, kadar kemiskinan menurun daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu.

"Pencapaian itu, disebabkan sejak empat tahun yang lalu Sabah memberikan banyak tumpuan kepada program tersebut. Malah, peruntukan kepada negeri ini adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri ini lain kerana didapati negeri kita masih memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur.

"Justeru, kita akan terus membantu negeri ini untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan. Usaha ini akan berjaya dengan memberikan sokongan yang padu kepada kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 peringkat DUN N.44 Karamunting di Dewan Masyarakat Sandakan, baru-baru ini.

Dalam majlis penyampaian untuk fasa kedua itu menyaksikan kira-kira 3,027 orang penerima layak yang terdiri daripada 1,918 menerima BR1M RM500 manakala 1,109 lagi menerima BR1M RM250 iaitu golongan belia bujang.

Hadir sama Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan Awang Supain.

Peter Pang selaku ADUN  Karamunting juga memaklumkan kawasannya tidak terkecuali dari menikmati arus kemajuan perdana yang dibawa BN seperti pembinaan jalanraya Batu Sapi By Pass; Klinik Kesihatan Bandar Leila; Pusat Pembangunan Belia dan Sukan di Pasir Putih; Projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di samping pewujudan POIC.

Beliau percaya Karamunting akan membangun pesat asalkan rakyat terus meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan sedia ada bagi meneruskan tampuk pemerintahan.

Ini kerana, katanya, hanya kerajaan BN sahaja yang mempunyai sejarah dan reputasi sebagai sebuah kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat dan menepati segala janji menerusi pendekatan 'Janji Ditepati'.

Oleh itu, beliau meminta rakyat agar tidak tertipu dengan pihak pembangkang yang hanya pandai berjanji tetapi tidak mungkin dapat menepati janji mereka khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini.

"Pembangkang masuk dan keluar ke kampung-kampung untuk menabur pelbagai janji manis mereka sedangkan selama ini mereka tidak pernah memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada rakyat terutaman di DUN Karamunting ini cakap saja pandai macam anjing menyalak bukit namum bukit tetap tidak berganjak,” ujarnya.

Kata Pang lagi Parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP mereka sekarang sudah tidak sehaluan lagi kerena mereka bercakaran sesama sendiri ekoran daripadan sifat ketamakan dan kerakusan masing-masing dalam pengagehan kerusi kerana semuanyanya mahu lebih, tiada yang mahu kurang.

Contohnya seperti SAPP meminta kerusi hingga 40, sedangkan kerusi yang diperuntukan hanya 60 sahaja setelah ditolak oleh PKR, kini pula mahu  merujuk semula kepangkuan BN Yong Teck Lee ingat pemimpin BN/UMNO begitu mudah mahu menerima semula  dan SAPP  kini tak ubah seperti anjing tersepit,” jelas  Pang lagi.

"Lain pula mereka buat. Kita tidak mahu demonstrasi sebab boleh mengancamkan keselamatan di negara kita. Ia juga merosakan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Justeru, berilah sokongan dan mandat penuh bagi memastikan BN terus memerintah negara dan negeri ini. BN saja mampu membela nasib semua kaum, percayalah," jelasnya.

Terdahulu, Linda sewaktu berucap turut mengajak rakyat memberikan sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada BN kerana parti itu mengamalkan Dasar 1Malaysia iaitu Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Katanya, BR1M 2.0 yang diberikan untuk kali kedua kepada semua rakyat terutama berpendapatan rendah tanpa mengira kaum dan agama sekali lagi membuktikan dasar yang adil dan saksama diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa mementingkan kebajikan semua rakyat. Selain daripada BR1M, kerajaan juga menyediakan bantuan komputer riba 1Malaysia ... bantuan RM100 untuk pelajar sekolah dan lain-lain.

"Malahan, kerajaan juga berjaya membangunkan rangkaian jalanraya dan infrastruktur lain termasuk menyediakan kemudahan-kemudahan hospital, klinik dan rekreasi untuk kegunaan serta keselesaan semua golongan.

"Oleh itu, beri sokongan dan kerjasama kepada BN yang telah mewujudkan suasana ekonomi yang baik dengan keamanan dan kestabilan politik membolehkan rakyat menjalani kehidupan dengan tenteram," ujarnya.

No comments:

Post a Comment