Tuesday 26 February 2013

SAPP BEAUFORT KEHILANGAN SOKONGAN







TERIMA.....Azizah (enam kanan) menerima borang keahlian Umno daripada Saidi (tujuh dari kanan) di Kg Binunuk Beaufort.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
         
BEAUFORT: Seramai 70 ahli Parti Maju Sabah (SAPP) di sini meninggalkan parti untuk menyertai Barisan Nasional/UMNO selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut.

Ahli Jawatankuasa SAPP Beaufort SAPP, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu menyerahankan borang keahlian Umno kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dalam satu majlis silaturrahim bersama pemimpin yang diadakan di Kg Binunuk di sini, malam kelamarin.

Azizah yang mengalu-alukan penyertaan mereka berkata keputusan ahli-ahli SAPP meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti berkenaan yang tidak menepati janji.

"Mereka tertarik dengan cara Kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji dan itulah yang menjadi kehendak mereka selama ini. Mereka yakin hanya BN sahaja yang baik untuk mereka serta anak-anak mereka dan rakyat di negeri ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Saidi yang menganggotai jawatankuasa SAPP Beaufort sejak 2008 berkata beliau dan ahli-ahli yang lain kini sudah hilang keyakinan terhadap parti itu.

Beliau mendakwa, SAPP tidak pernah prihatin terhadap nasib rakyat sebaliknya hanya pandai menabur janji kosong.

"Janji hendak beri bantuan itu, bantuan ini tetapi akhirnya yang tampil menghulurkan bantuan kepada kami hanyalah BN," katanya.

Sejurus selepas majlis itu Azizah juga sempat meluangkan masa untuk menghadiri program SRS Skim Rondaan Sukarela (SRS) Dekat Dihati Peringkat Daerah Beaufort yang berlangsung di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lubak.

Pada program itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias menyempurnakan enyerahan peralatan rondaan kepada anggota SRS.

Turut hadir, Adun Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah, Nurul Akmalina Haji Sahamsuddin, Pegawai perpaduan daerah Beaufort, Fauziah Salleh dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan RT Daerah Beaufort, Ruslan Muharam.

No comments:

Post a Comment