Oleh : CLARA CHOOI
KUALA LUMPUR : Pakatan
Rakyat (PR) telah secara rasmi mengeluarkan Parti Maju Sabah (SAPP) dari
rundingan kerusi pembangkang di Sabah, Mohamed Azmin Ali mengesahkan,
menegaskan permintaan parti tersebut tidak munasabah untuk dilayan.
Timbalan Presiden PKR itu
memberitahu The Malaysian Insider di peringkat negeri, PR dengan sekutu baru di
Sabah Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah
(PPPS) — hampir bersetuju dengan formula perkongsian kerusi mereka.
“Hanya terdapat beberapa
sahaja kerusi lagi yang bertindih. Tetapi sekarang kita meminta Majlis Presiden
PR untuk membimbing dalam menentukan kerusi yang harus ditandingi oleh setiap
parti,” kata Azmin ketika dihubungi di sini, sambil menambah perkara ini
dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu.
Akan tetapi ahli parlimen
Gombak itu yang kini mengetuai rundingan kerusi dengan APS dan PPPS, tidak akan
mendedahkan formula perkongsian kerusi dengan dua pergerakkan berasaskan Sabah
itu kerana sebab-sebab strategik.
APS diketuai oleh Ahli
Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, bekas timbalan presiden
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dari BN manakala PPPS
diketuai oleh ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang dahulunya
anggota majlis tertinggi Umno.
“Tetapi SAPP dikeluarkan
terus dari senarai, dikeluarkan dari formula. Saya tidak menyalahkan mereka
kerana apa-apa, hanya kerana tuntutan mereka tidak munasabah,” Azmin
mengesahkan.
SAPP, parti yang hampir
berusia dua dekad diketuai oleh bekas ketua menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee,
pada awalnya telah bersetuju untuk bekerjasama dengan PR dalam Pilihan Raya
2013 untuk menjatuhkan BN di kubu mereka di Malaysia Timur, tetapi menegaskan
parti tempatan perlu bertanding dengan jumlah besar daripada 60 kerusi dewan
undangan negeri.
Yong mengatakan parti PR
berasaskan Semenanjung boleh bertanding di majoriti kerusi Parlimen untuk
membantu mereka menawan Putrajaya tetapi mengekalkan pentadbiran negeri kepada
parti yang berakar umbi di Sabah.
Beliau mengatakan ini selari
dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang menjamin autonomi negeri
tersebut.
Akan tetapi Azmin memberitahu
The Malaysian Insider permintaan Yong untuk 40 atau separuh daripada 60 kerusi
negeri adalah tidak munasabah.
Beliau menegaskan apabila
SAPP bertanding di bawah BN pada pilihan raya umum 2008, parti itu hanya
memenangi dua kerusi Parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri. SAPP secara
rasmi menarik diri dari BN pada September 2008 dan menjadi sebuah parti bebas.
“Kenapa mereka mahu 40
kerusi sekarang? Jadi apa yang tinggal untuk parti pembangkang lain dalam
Pakatan, dalam APS dan PPPS?” kata Azmin.
“Saya telah mencuba sedaya
upaya dan begitu juga (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)… kami
berjumpa dan berbincang dengan SAPP semenjak enam bulan lalu — lebih banyak
dari yang mereka dapat berbanding pilihan raya lepas,” tambah beliau.
Apabila ditanya apa tawaran
PR kepada SAPP, Azmin mengatakan PR bersedia untuk memberikan 10 kerusi kepada
parti berasaskan Sabah itu.
Beliau menambah ia adalah
“kerusi bagus” dimana SAPP akan bertanding dan mempunyai peluang cerah untuk
menang, tetapi parti tersebut menolak tawaran itu.
“Mereka datang kembali
kepada kami dan mengatakan mereka mahu 40 kerusi,” kata Azmin.
“Jadi kami telah membuat
keputusan — kami akan terus dengan APS dan PPPS sahaja, memandangkan
kesuntukkan masa,” katanya.
APS dan PPPS telah bersetuju
untuk bertanding menggunakan bendera PKR dalam pilihan raya akan datang.
The Malaysian Insider
difahamkan, Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi Kadazandusun
dan Murut (KDM) di Sabah memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada
pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai
pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu dan Islam.
Kedua-dua pemimpin ini
baru-baru ini menjadi sasaran serangan mulut dari Yong, pada Selasa lalu
memanggil mereka sebagai kerbau yang dicucuk hidungnya.
Pemimpin lantang yang
dikenali dikalangan Cina Hakka di Sabah, menuduh kedua-dua Bumburing dan Lajim
“tidak mempunyai pilihan” selain kowtow kepada rakan baru PR mereka dari
Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya akan datang. (TMI)
No comments:
Post a Comment