Saturday 16 February 2013

SIAPA BENARKAN PENCEROBOH TINGGAL DI SABAH?






Saudara Pengarang,

SAYA dan saya pasti rakyat Sabah yang lain amat berminat dengan perkembangan insiden pencerobohan warga Filipina di Tungku, Sabah kerana isu ini amat mengancam kedaulatan Sabah; terutama seperti yang disiarkan dalam laporan Bernama sebagai pewaris Kesultanan Sulu.


Pelbagai persoalan pasti timbul di minda setiap rakyat di Sabah, antaranya;

01. Apakah tindakan kerajaan kita terhadap mereka? Bukankah mereka masuk secara haram dan menuntut Sabah sebagai hak Kesultanan Sulu (berkaitan seorang Datu' di Sabah) beberapa ketika dahulu?

2.   Kenyataan yang dipetik (dalam berita Bernama) "..kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan..". Adakah ini bermakna tiada tindakan undang-undang terhadap penceroboh ini?

Persoalan inilah yang amat merisaukan saya kerana pihak berkuasa terlalu bertoleransi dengan penceroboh dan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Oleh itu, saya menggesa agar kenyataan yang disiarkan Bernama itu diulas dengan teliti agar tidak dimanupulasi. Kita pasti pihak berkuasa sedang menjalankan tugas dengan profesional, sekalipun terlalu lembik!

Salam Hormat,

RAKYAT YANG GUSAR

50 comments:

  1. Well I do want to know actually.

    ReplyDelete
  2. Soalan ini harus ditujukan kepada mereka yg berkenaan.

    ReplyDelete
  3. The group of foreigners in military uniform who intruded into Sabah, near Felda Sahabat in Lahad Datu, will be deported back to their country once negotiations have been completed.

    ReplyDelete
  4. State Police Commissioner Datuk Hamza Taib said he believed the matter would be resolved soon and the group would leave the state within a week.

    ReplyDelete
  5. Inspector General of Police, Tan Sri Ismail Omar had on Thursday said the presence of more than 100 foreigners in military uniform who landed at Pantai Tanduo, did not want to be associated with any militant group from the Philippines.

    ReplyDelete
  6. Ismail had said that the armed group had demanded to be recognized as the “Royal Sulu Sultanate Army” and that the subjects of the Sulu Sultan in Sabah were not to be deported to the Philippines.

    ReplyDelete
  7. According to Hamza, negotiations between the group and the police were made as the former had entered the country for their demands to be made.

    ReplyDelete
  8. He said negotiations went smoothly without any tension or unwanted incident.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah jika isu ini dapat ditanggani dengan baik dan tenang.

      Delete
  9. Asked if there were any shootings as claimed by certain social network sites and blogs on the Internet, Hamza denied that such an incident ever occurred.

    ReplyDelete
  10. There are many rumours going on pertaining to this matter and I would like to remind the public to stop listening to such rumours

    ReplyDelete
  11. mungkin tiba masanya untuk mempunyai Sabah Rangers sendiri untuk mempertahankan Sabah dan kedaulatannya...

    ReplyDelete
  12. did the government promise them that were not fulfilled for them to act as such...?

    ReplyDelete
  13. some say it is political move...

    ReplyDelete
  14. semoga pencerobohan warga Filipina di Tungku, Sabah ini tidak mengancam keselamatan penduduk di sana dan juga kedaulatan Sabah

    ReplyDelete
  15. hopefully, it will not effect our tourism industry as well...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu ini berterusan seakan membawa masalah kepada isu ekonomi dan masalah social.

      Delete
  16. Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik, termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan sekumpulan warga Filipina di perairan negara di Lahad Datu, Sabah.

    Sambil menegaskan keadaan di Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah terkawal, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan itu penting bagimemastikan kumpulan yang berjumlah antara 80 dan 100 anggota itu “keluar denganselamat ke Selatan Filipina”, sekali gus mengelak pertumpahan darah.

    Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/15/ceroboh-kerajaan-lakukan-yang-terbaik/#ixzz2L9inppTu

    ReplyDelete
  17. “Ini yang kita nak kerana mereka ada juga saudara-mara di sini…jadi kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban dan sebab itu kita minta mereka balik dengancara yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar di sini semalam.

    Najib berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini di Lahad Datu berikutan laporan yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.

    Ahmad Zahid berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

    Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/15/ceroboh-kerajaan-lakukan-yang-terbaik/#ixzz2L9j5B8ec

    ReplyDelete
  18. Dalam menghadapi situasi genting itu, Najib, yang dimaklumkan tentang kejadian itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin dan Pesuruhjaya PolisSabah Datuk Hamza Taib pagi semalam, berkata: “anggota polis kini bertindak ataumerupakan bulatan pertama mengepung kawasan tersebut dan bulatan kedua terdiridaripada pasukan anggota tentera.

    “Dari segi kekuatan, kuasa tempur kita adalah lebih dari cukup untuk memberkas mereka, tetapi kerajaan memilih jalan untuk buat perundingan dengan merekasupaya mereka keluar dengan aman balik ke Selatan Filipina,” katanya.

    Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/15/ceroboh-kerajaan-lakukan-yang-terbaik/#ixzz2L9jJppYn

    ReplyDelete
  19. Ditanya sama ada pihak berkuasa keselamatan Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan itu, Najib berkata: “Lebih kurang kita sudah kenal pasti “.

    “Tapi biarlah polis melakukan rundingan dengan mereka dan mudah-mudahan mencapai hasil dan kejayaan. Sebab mereka tak boleh ke mana, merekadikepung…mereka tidak ada pilihan dan perlu cari jalan penyelesaian,” katanya.

    Apabila ditanya sama ada kumpulan itu bersenjata atau sebaliknya, Perdana Menteri berkata perkara itu dalam makluman polis dan “jangan buat spekulasi”.

    Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/15/ceroboh-kerajaan-lakukan-yang-terbaik/#ixzz2L9jgsLUV

    ReplyDelete
  20. “Kita bukan mendedahkan maklumat dalaman…biar polis jalankan kerja mereka tanpa diganggu mana-mana pihak. Apa yang penting keberhasilan yang selesai tanpa pertumpahan darah,” katanya.

    Mengenai tahap keselamatan dan kawalan di perairan negara terutama pantai timur Sabah, Najib berkata perairan Malaysia amat luas tetapi apa yang penting ialah “kita dapat maklumat cepat”.

    “Kita mengepung mereka, bila dapat mengepung mereka, mereka tidak boleh ke mana.

    Kita mesti sedar lautan kita luas dan kita tidak boleh berada di setiapmasa sentiasa 24 jam,” katanya sambil menambah pihak berkuasa kerajaan Malaysia sudah memaklumkan kejadian itu kepada kerajaan Filipina. — Bernama

    Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/15/ceroboh-kerajaan-lakukan-yang-terbaik/#ixzz2L9jtEc5y

    ReplyDelete
  21. Polis kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sejak Selasa lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan yang mengancam ketenteraman harus dihantar balik segera.

      Delete
  22. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata polis sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka.

    ReplyDelete
  23. "Kita sudah beritahu mereka bahawa kita tidak boleh melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu.

    ReplyDelete
  24. "Jadi, sekarang kita hanya boleh melaksanakan proses untuk menghantar mereka balik supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baru Cina di Jesseltion Point, di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  25. Tinjauan operasi itu turut disertai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

    Ketika ditanya bila kumpulan tersebut akan dihantar pulang, Hamza berkata secepat mungkin.

    ReplyDelete
  26. Kerajaan harus menyekat golongan yang mengancam ketenteraman masuk ke dalam negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan yang mengancam ketenteraman harus dikenakan tindakan undang-undang.

      Delete
  27. Beliau diberi identiti sebagai warganegara, tindakan ini tidak mengikut prosedur yang betul.

    ReplyDelete
  28. Pasti adfa pihak salah gunakan kuasa dan memberi dokumen palsu kepada mereka yang tidak sah.

    ReplyDelete
  29. Pemberian status warganegara harus mengikut prosedur yang betul.

    ReplyDelete
  30. Berita tentang pencerobohan kumpulan berpakaian tentera di Lahad Datu
    kini memasuki episod yang baru.

    ReplyDelete
  31. Kumpulan yang sudah dikenal pasti identiti mereka iaitu pengikut Sultan
    Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan
    negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek
    moyang mereka.

    ReplyDelete
  32. Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20
    penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun
    mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan
    Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.

    ReplyDelete
  33. Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan
    dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada
    pemberita di Manila.

    ReplyDelete
  34. Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki
    Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah
    satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.

    ReplyDelete
  35. Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke
    Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja
    perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan
    pemberontak Islam di selatan Filipina.

    ReplyDelete
  36. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.

    ReplyDelete
  37. harapkan
    isu ini boleh di selesaikan dengan baik diantara kedua-dua
    pihak.Hindarkanlah dari sebarang pertumpahan darah kerana yang ruginya
    adalah kita sesama Islam.

    ReplyDelete
  38. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien meminta semua pihak tidak mempolitikkan kejadian pencerobohan di Lahad Datu kerana ia membabitkan isu keselamatan.

    ReplyDelete
  39. beliau turut mengesahkan kumpulan itu bukan pengganas dan proses pengusiran sedang dilakukan bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal secepat mungkin.

    ReplyDelete
  40. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia melakukan apa juga kemungkinan tanpa pertumpuhan darah bagi menyelesaikan konflik itu yang kini memasuki minggu kedua.

    ReplyDelete
  41. Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan dan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  42. "Saya harap mereka tidak memaksa kami. Kita perlu bertindak bila tiba masa yang sesuai.

    "Dan sekiranya kita perlu membuat satu keputusan, kita akan laksanakannya," katanya sebelum berlepas ke Felda Sahabat di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  43. Kumpulan yang dianggotai oleh 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.

    ReplyDelete
  44. Kumpulan berkenaan termasuk lima wanita, sebelum ini menuntut pengikirafan sebagai tentera Sulu daripada Kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.

    Sejak 9 Februari lalu, mereka bergantung hidup dengan hasil pertanian 15 keluarga lari meninggalkan Kampung Tanduo.

    ReplyDelete