Saturday 23 February 2013

SOKONGAN PASTIKAN KEMENANGAN BERGAYA






LANCAR.....Azizah dan Isnin bersama Kimjus (kanan), Saridah (kiri), Basri (dua kiri) dan Mohd Yasin (tiga kiri) pada majlis pelancaran Bilik Gerakan BN PDM Bingkul di Dun Klias P.177 Beaufort.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

BEAUFORT: Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun yakin Barisan Nasional akan memenangi pilihanraya umum ke-13 berdasarkan penerimaan dan sokongan rakyat yang semkin meningkat terhadap dasar dan program transformasi kerjaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kesungguhan BN yang sentiasa berusaha bagi memastikan perkembangan pesat pembangunan negara secara menyeluruh telah memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa BN mampu menjadi parti pemerintah yang terbaik.

“Sokongan terhadap BN semakin meningkat dari masa ke semasa kerana mereka yakin terhadap kemampuan dan ketelusan kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat. Parti pembangkng tidak punya kekuatan, kini hari demi hari ahli-ahli parti dan mereka yang pernah menyokong pembangkang telah menyertai BN dan saya yakin kita akan menang bergaya dalam PRU-13 nanti,” katanya.

Azizah yang juga Adun Klias itu berkata demikian pada majlis pelancaran Bilik Gerakan Pusat Dearah Mengundi (PDM) Bingkul yang disempurnakan Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih.

Hadir sama, Naib Ketua Umno Beaufort, Datuk Kimjus Duim, Setiausaha Umno Bahagian, Jali Nordin, Wakil Ketua Pemuda, Basir Mahadir Nurnikman, Ketua Pergerakan Puteri Umno Beaufort merangkap penyelaras PDM Bingkul, Saridah Mohd Dun, Ketua Daerah Mengundi (KDM) Bingkul Mohd Yassin Aman danTimbalan Pengarah JPKA Sabah, Mohd Noor Wahab.

Azizah turut mengajak semua jentera pilihanraya BN di situ meningkatkan usaha dan komitmen secara berterusan demi memastikan kejayaan BN dalam PRU ke-13 nanti

“Semua jentera mesti bekerja kuat secara berterusan demi pastikan kemenangan BN. Tunjukkanlah kemesraan kepada semua penduduk dan pengundi di sini tanpa mengira mereka siapa walaupun mereka menyokong parti pembangkang ” katanya.

No comments:

Post a Comment