Monday 18 February 2013

SP SETIA BINA ASRAMA DESA SK MATUNGGONG





                  
Oleh : MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA

KUDAT : Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Asrama Desa dan Pelancaran Kelab Rukun Negara SK Matunggong baru-baru ini.

Kata Maximus, pembinaan asrama desa ini diharap dapat mengurangkan masalah ketidakhadiran murid ke sekolah kerana faktor rumah yang jauh dan masalah pengangkutan.

Beliau juga berkongsi pengalaman zaman kanak-kanak apabila perlu bangun awal pagi dan berjalan kaki melalui jalan yang teruk dan jauh untuk sampai ke sekolah.

"Senjata paling utama untuk berjaya ialah pendidikan, pendidikan dan pendidikan," kata beliau dalam ucapan perasmian.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Yayasan SP Setia yang menyumbangkan RM300 ribu untuk pembinaan asrama desa ini.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan Pengarah Bukan Eksekutif SP Setia Tan Sri Lee Lam Thye, berharap agar asrama desa dapat disiapkan dalam tempoh 6 hingga 8 bulan.

"Sebanyak 60% dana yang disalurkan sebagai tanggungjawab sosial korporat oleh Yayasan SP Setia adalah khusus untuk pembangunan pendidikan di seluruh negara," ujar beliau.

Majlis itu turut dihadiri anggota Dewan Undangan Negeri Matunggong, Sarapin Magana; Wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Wakil Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, pemimpin tempatan dan hampir 500 penduduk sekitar.

No comments:

Post a Comment