Saturday 2 February 2013

SPRM PANGGIL BEKAS PEMANDU ZAHIDA







Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI         

BEKAS pemandu kepada pelakon Zahida Rafik kelmarin dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya serta ibu saudaranya, yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan memasuki bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi.

Latheefa yang ditemui pemberita di luar bangunan SPRM berkata, beliau percaya Azman dipanggil berhubung kes dakwaannya sebelum ini yang melibatkan Zahida dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

"Saya tak tahu kenapa dia dipanggil. Tapi saya percaya benda ni ada kaitan dengan dakwaan dia sebelum ini tentang Shafie dan Zahida. Kena tunggulah," katanya.

Pada 16  Mei tahun lalu, Azman (tengah) dilaporkan mendakwa, beliau pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.

Shafie dan Zahida sebelum ini telah menafikan dakwaan Azman dan PKR serta mengugut akan menyaman pihak-pihak yang didakwa cuba menfitnah mereka.

Sementara itu, Azman bersama Latheefa keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 1.17 tengahari.

Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Latheefa memberitahu, Azman dipanggil ke SPRM sebagai saksi dalam kes melibatkan dakwaan Zahida terhadap bekas pemandunya itu.

Menurut Latheefa lagi, Azman memberi keterangan kira-kira satu jam setengah.

Bagaimanapun, beliau berkata, kandungan keterangan itu tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA).

"Keterangan telah diambil selama kira-kira satu jam setengah. Tapi kita tak boleh dedahkan sebab terikat dengan AMLA.bSaya percaya Azman dipanggil hari ini berkaitan dengan pendedahan Azman mengenai wang RM1 juta tahun lalu.

"Tetapi sehingga hari ini beliau belum didakwa atau dituduh di mahkamah," kata Latheefa.

Menurut Latheefa lagi, Azman telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi memilih pada hari cuti am, hari ini kerana kesibukan masa.

Katanya lagi, Azman dipanggil ke SPRM berkemungkinan daripada laporan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut sebelum ini. (MKINI)

No comments:

Post a Comment