Sunday 3 February 2013

SPRM WAJIB SIASAT PPK KINABATANGAN






Oleh : CHARLES P ANDIANG

KINABATANGAN : Akibat  pengurusan pentadbiran yang tidak telus dan tidak cekap, maka menjurus berlakunya beberapa penyelewengan Pertubuhan  Peladang Kawasan Kinabatangan (PPK) yang diketuai oleh Hj  Hamidin Raden yang ditubuhkan kira-kira 25 tahun lalu iaitu semasa era pemerintahan PBS lagi.

PPK Kinabatangan yang ditubuhkan untuk membela nasib para pekebun kecil yang mengusahakan kebun kelapa sawit tetapi kini telah menyimpang lebih jauh daripada tujuan asal perjuangan mereka yang kononnya untuk membantu para pekebun kecil.

Ramai pekebun kecil yang menjadi ahli dalam pertubuhan ini sekaligus mereka telah melabur untuk pemegang saham; tetapi setelah 20 tahun dividen yang dijanjikan untuk diageh-agehkan kepada para pelabur terbabit, namun sehingga ke hari ini, satu sen pun belum diagehkan.

Mantan Ketua Daerah Kinabatangan, Haji Adhah Hj Sulaiman yang kini menjadi Ketua Cawangan Pas, Kampung Batu Putih membongkar penyelewengan ini ekoran terlalu banyak aduan yang diterima daripada para pelabur kecil; khususnya para pekebun kecil yang menjadi mangsa penipuan oleh PPK tersebut.

"Kita sedih kerana Pengerusi PPK, Haji Hamidin sebagai pemegang amanah  telah menafikan  hak-hak para pekebun kecil yang merupakan pemegang saham di dalam pertubuhan tersebut," kata Haji Ahdah.

Tegasnya lagi, banyak tanah PPK telah disewa pajak kepada sebuah syarikat perladangan, Bell Plantation Sdn. Bhd yang menjana pendapatan bulanan antara RM10 ribu hingga RM15 ribu kerana PPK hanya dibayar RM7 bagi setiap tan buah yang dituai dan dibeli oleh syarikat terbabit.

“Saya yang mewakili para pelabur yang terdiri daripada pekebun kecil meminta agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mengenai penyelewengan ini; terutama sekali memanggil Hj Hamidin untuk disiasat berhubung penyelewengan dana PPK,” tegas Hj Adhah yang mendesak pihak SPRM menangkap Hj Hamidin dan syarikat perladangan terbabit.

No comments:

Post a Comment