Thursday 7 February 2013

SUMBANGAN WARGA EMAS TETAP DIKENANG







TERIMA KASIH....Juslie memberikan bantuan kepada salah seorang Warga Emas.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

LIBARAN : Masyarat Cina yang terdiri daripada Warga Emas yang merupakan pengundi tegar kawasan Libaran di DUN Sungei Sibuga dan Gum-Gum tidak pernah terpinggir, apatah lagi menjelang sambutan perayaan  Tahun Baru Cina.

Memang sudah menjadi dasar kerajaan dan amalan para pemimpin Barisan Nasional (BN) mementingkan kesejahteraan rakyat dengan memastikan prasarana dalam keadaan sempurna dan bantuan kewangan  kepada yang memerlukan; terutama kepasa warga emas yang selama ini berjasa kepada negara.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirul berkata demikian semasa ditemubual oleh Sabahkini.Net sejurus selepas beliau menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada seramai 460 orang Warga Emas di  SJK (C) Min Chung, Batu 14, Jalan Labuk, pagi kelmarin.

Kata Juslie, bantuan seumpama itu bukan sahaja tertumpu kepada perayaan Tahun Baru Cina; bahkan perayaan-perayaan lainnya yang di sambut oleh masyarakat  Islam  seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Pesta Kaamatan.

"Kita amat bersyukur walaupun di negara ini termasuk Sabah, rakyat pelbagai kaum dapat menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain bagi memupuk perasaan muhibbah dan setiakawan,” jelas Juslie.

Demi kesinambungan kemakmuran, kesejahteraan dan pembangunan, Juslie meminta masyarakat Cina di Libaran agar memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan BN agar dapat meneruskan agenda memakmurkan negara dan rakyatnya.

Juslie menambah, hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa kejayaan dalam aspek pembangunan dan mewujudkan perpaduan yang intim di kalangan masyarakat yang berbilang kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pemuda Bahagian UMNO Libaran Suhaimi Hj Nasir.

No comments:

Post a Comment