Wednesday 27 February 2013

UTAMA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG







EBOT-EBOT.....Dato sri Nasir(tengah) dibantu salah seorang penduduk menaiki tangga rumah kediaman Ketua Cawangan UMNO, Hussin Jauddin di kampung Halo, Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN
                  

SEMPORNA: Ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) Kawasan Senallang, Dato sri Nasir Tun Sakaran, mengingatkan rakyat sentiasa menjaga kedaulatan dan undang-undang Negara sambil  mengutamakan perpaduan sesama kaum.

Katanya, rakyat seharusnya lebih bersyukur dan berterima kasih  dengan kedaan Negara yang aman, makmur dan selamat di bawah kepimpinan kerajaan Barisan nasional yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman.

Justru itu katanya, rakyat perlu mematuhi peraturan dan undang-undang Negara tanpa melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengundang pelbagai jenayah dan menimbulkan ketakutan kepada penduduk.

Nasir yang juga Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) memang sentiasa menunaikan janji  selaras dengan misi Tradisi Membela Rakyat, Janji Ditepati berlandaskan konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan pencapaian diutamakan semata-mata untuk kesejahteraan seluruh rakyat Negara ini tanpa mengira suku kaum, fahaman politik mahu anutan agama.

Beliau berkata demikian sempena majlis Ziarah Rakyat & Majlis Bersama Pemimpin di Kampung Halo dan Kampung Bangau-Bangau dekat sini.

Turut serta dalam majlis dan rombongan itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat(UPKR) Dun Senallang, Haji tahir Haji Amir; Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Perhubungan Adun, Haji Zainal Jalaludin, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Roslan Jalaluidn; Ketua Cawangan UMNO Kg.Halo, Hussin Jauddin; Ketua Kampung Bangau-Bangau, Juak Borneo; WKAN Abdul Lubdati dan skuad Unit Gerakhas Pejabat Adun Senallang.

Nasir berkata, rakyat juga seharusnya berhati-hati dengan pelbagai isu dan propaganda yang disebarkan pihak tertentu yang ingin meracuni pemikiran rakyat membenci kerajaan dan menidakkan kemajuan pembangunan yang sekian lama sudah dinikmati seluruh rakyat Negara ini.

Katanya, menjelang ambang pilihanraya yang semakin dekat kini, pihak pembangkang tidak akan pernah jemu mempengaruhi rakyat  dan cuba memainkan pelbagai isu semata-mata untuk memuaskan hati mereka memburuk-burukkan kerajaan dan menafikan kecemerlangan yang dicapai kerajaan BN selama.

Nasir menegaskan, kerajaan BN sentiasa prihatin membatu rakyat khusunya golongan miskin dan termiskin, kaum nelayan, petani dan peladang, demikian juga pelajar sekolah dan golongan belia melaui pelbagai bantuan termasuk BR1M; PR1M dan Rumah PPRT.

“Apabila kerajaan yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat ini memperjuangkan dan membela nasib rakyat, masih ada lagi golongan rakyat yang tidak berpuas hati terutamanya penyokong-penyokong pembangkang yang sering menyalak dalam halaman sosial maka nikmat mana lagi yang hendak mereka nafikan?” ujar Nasir kesal.



Beliau menambah, sementara kerajaan BN membela nasib rakyat, pihak pembangkang hanya tahu bercakap dan menyebar fitnah dan menghambur  janji-janji manis yang tidak mungkin mereka tunaikan berbanding kerajaan BN, Janji Ditunaikan!

Sempena majlis itu Dato Sri Nasir bersama rombongan yang terdiri daripada kakitangan UPKR dan Skuad Unit Gerakhas Pejabat Adun Senallang, menaiki perahu (bot) ke kampong Halo seterusnya ke Kampung Bangau-Bangau menyampaikan Kad Pengesanan Pengundi dan menyampaikan sumbangan peribadi.

No comments:

Post a Comment