Wednesday 27 February 2013

V.K. LIEW KUTUK NIK AZIZ







TERIMA KASIH....Salah seorang penerima BR1M  yang disampaikan oleh V.K Liew.

Oleh : SAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berasa kesal dan amat kecewa terhadap kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyelar rakyat di negara ini termasuk rakyat di Kelantan yang telah menerima BR1M RM500 disifatkan  seperti  haiwan.

Tohmahan  yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang itu, kata V.K Liew merupakan satu penghinaan kepada seluruh rakyat di negara ini termasuk ahli-ahli PAS, PKR dan DAP  sendiri  yang menerima BR1M tersebut daripada kerajaan; merupakan satu tamparan hebat  kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat yang terbabit.

"Sepatutnya Nik Aziz berterima kasih kepada kerajaan BN kerana 90  peratus ahli Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP turut  mendapat bantuan tersebut yang sama nilainya dan sama jumlahnya dengan para penyokong parti kerajaan,”  ujarnya.

Menurut V.K Liew, penghinaan Nik Aziz yang menganggap para penerima BR1M itu sama seperti haiwan benar-benar mengguris dan menjatuhkan maruah keseluruhan Rakyat di negara ini.

V.K Liew berkata demikian ketika berucap di majlis Penyampaian BR1M 2.0 bagi Fasa 2  bagi  DUN Tanjung Papat  yang  membabitkan seramai 2,356 yang di langsungkan di Dewan Masyarakat Sandakan, pagi kelmarin.

Kata V.K Liew, BR1M 2.0 ini adalah merupakan petanda bahawa ekonomi negara ini berkembang baik di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN)  dan perkembangan ekonomi ini dikongsi bersama dengan keseluruhan rakyat Malaysia, tidak kira mereka itu pro kerajaan ataupun pro pembangkang.

"Dalam BR1M 2.0 ini kita dapat melihat bahawa kriteria penerima bukan sahaja kepada ketua  isi rumah  yang berpendapatan  di bawah RM3,000 sebulan; malah telah diperluaskan  kepada anak-anak muda yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan di mana individu bujang ini menerima RM250,” tambahnya.

Antaranya bantuan yang telah ditunaikan sebagai mememenuhi konsep  'Janji Ditepati' ialah KARISMA (Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia) 1AZAM (Bagi Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah) KRIM (Kedai Rakyat 1Malaysia) dan  Klinik 1Malaysia.

Kata V.K Liew,  jumlah keseluruhan penerima BR1M 2.0 bagi kawasan Parlimen Sandakan (DUN Tg Papat dan Elopura) ialah seramai 12,408 orang.

Sementara  itu, bagi golongan belia P186 Sandakan seramai 1,559 dan DUN Elopura  2,240 jumlah keseluruhan 3,788  mereka akan menerima BR1M RM250 pada 28 Februari ini bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.

Ini Jelas kata V.K Liew,  kerajaan BN yang dipilih semua rakyat berbilang kaum benar-benar ikhlas  dan telus  membantu  rakyat jelata yang berhak.

No comments:

Post a Comment