Monday 4 March 2013

30 PENDUDUK DI TG BATU DITAWAN MILITAN






Oleh : MUTALIB M.D


TINDAKAN lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri menyebabkan 30 penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50 militan Filipina yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu.

Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.

"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.

Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.

"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap perasaan dan trauma penduduk kampung.






Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan sekitarnya terutama Tanduo.

Dalam pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang berjaya melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada di Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal siasat.

Sabahkini.net berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat menemuramah Rudy yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan diri dan menumpang kenderaan ke Bandar Sahabat.

"Saya ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan nyawa, ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan," kata Rudy yang ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar jam 9 pagi tadi,

Menurut Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung termasuk lima wanita yang masih ditawan pihak militan.

"Saya lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16, Carbine, Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal senjata lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata," ujar Rudy sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat.

BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL

18 comments:

  1. ini semua poyo... jgn la segala khabar angin disebarkan selagi tiada kesahihan dari pihak berkuasa... jelas sekali gambar yg ada daun terup itu gambar edit,...

    ReplyDelete
  2. bodo..gambar edit ingat org x tau ka...sekali sa nampak gambar edit, satu patah pun sa x baca...

    ReplyDelete
  3. Tu gambar askar original kamu cari di link di bawah.

    http://radio2-internet.blogspot.com/2011/09/halaman-gambar-menarik-pelik-artis_11.html

    ReplyDelete
  4. Bodoh btl laa..nma ja pOn slh,bkn kunsul tp konsul atau lbh d knali dgn ckgu konsul..sya bru sja cl kwn sya dn brtnya kan psl ni n dya ckp xda 1 pun org kg brada dlm tebusan sbb suma kwsan kg tg batu,tg labian,sg bilis,kg bhgia n kg lok buani brada dlm kwlan anggta polis dn ATM..ni lg gmbar daun 2,bdk2 pun blh bezakan bah mn yg btl n mn yg d edit.ckup2 la klu nk mnfitnah PDRM n kerajaan BN 2 YA... :-P

    ReplyDelete
  5. betul tu johri-jodansyu..aku percaya kau.

    lagipun kan,,

    cuba kita fikir dgn logik!!!!! jgn terus percaya dan terima bulat2....
    pnduduk dikumpul dlm sebuah rumah DAN ditawan oleh 50 militan bersenjata.
    tiba2 dia ni bole lepas? klu stkt 2 atau 3 militan yg tawan, mgkn boleh pecya lagi boleh lepas. tp ini 50 militan bersenjata!!!!
    mungkinkah ini satu lagi perangkap?
    spt kes di semporna, dpt maklumat. pasukn kslmtn pergi lokasi target. then kena serang dari belakg.
    so, kes ini tidak mustahil satu perangkap.jk pasukn pergi ke lokasi target, kmudian yg sbnrnya militan sdg bersembunyi disekeliling lalu serang hendap lagi...hati2!

    dlm kalangn kita sendiri, ada pengkhianat dan pemberi maklumat kpd musuh.

    wira2 negara harus berhati2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro.. Lu tulis ni..

      "dlm kalangn kita sendiri, ada pengkhianat dan pemberi maklumat kpd musuh."

      CUBA LU TANYA PAPAGOMO ANJING MELAYU UMNO TU!!..

      DIA KAN SUKA BOCOR LUBANG RAHSIA SULIT UTK JADIK GLAMER!!

      SIYES I TELL U!! ARTIKEL TERBARU DIA SAMA TAK MCM ARTIKEL ATAS NI??

      Delete
  6. ni lagi penipu besar... klu aq tau sapa sebar berita palsu ni aq pitik kepalanya ni

    ReplyDelete
  7. uik sempat lg c rudy ambil gambar....

    ReplyDelete
  8. Kpd penulis artikel ini, ingat2 lah dosaya. Anda sebenarnya "pemfitnah tegar" sanggup bertungkus lumus mengedit gmbr utk menabut fitnah dan mencari publisiti murahan. Sayangnya usaha anda hanya mndpt balasan dosa and not to mention it really shows how stupid you are. Ketahuilah anda memiliki hati yg busuk. Pengkhianat bangsa dan negara. Saya hrp sempatlah bertaubat sblm Allah cabut nyawa anda...

    ReplyDelete
  9. betulkaito?? Janganlah wat berita kalau tk benar.. Aduy...

    ReplyDelete
  10. Tipu lah, siap ada gambar edit pula.. http://gambargambarpelik.blogspot.com/2011/09/jrcc-pantau-kawasan-ancaman-pengganas.html <------ Ini gambar asal tentera yg sudah diedit dgn diletakkan daun terup! Jgn buruk2 kan tentera!

    ReplyDelete
  11. nampak sangat gambar kad tu photoshop bhai..nak tipu pun agak2 la..kan dah terkena..ni la bak kata pepatah aku..
    BODOH YANG LAMA TAK HABIS LAGI,BODOH YANG BARU DAH SAMPAI..

    ReplyDelete
  12. nampaknya semua pembaca tengok kulit dan bukan isi. Tidak ada ditulis apa apa di bawah gambar. kalau cerita tak betul kenapa hantar 5 batalion ke lahad datu? Mungkin kamurang baca dengan hidup. Sibuk cerita icing, lupa makan kek. haha

    ReplyDelete
  13. apa yang kau merepek ni setan..!!!

    ReplyDelete
  14. Aku juga heran bagaimana rudy boleh bolos dari tawanan mundo . .cikgu konsul ketua umno tanjung labian . .munkin ada kisah di sebalik nya . .

    ReplyDelete
  15. DASAR BANGSAT PENIPU BESAR BARUA NI...PASAL FITNAH KO NILAH NEGARA KITA HURU HARA...KO LAHIR DARI PERUT BINATANG MANA YG KO SANGGUP TGK ORG LAIN HANCUR N PECAH BELAH PASAL FITNAH KO NI.,,,,NI SEMUA PENGKHIANAT PUNYE STATEMENT BGI PERANGKAT KT PASUKAN KESELAMATAN KITA....

    ReplyDelete