Sunday 31 March 2013

ANWAR IBRAHIM...DULU, KINI DAN SELAMANYA







Oleh :  ROSLI ISMAIL

SERONOK juga baca interview Tun Daim Zainuddin di New Sunday Times minggu lalu yang banyak sentuh al-kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana orang yang bercakap itu adalah 'saksi hidup' yang tahu banyak tentang Ketua Umum PKR itu. Mereka lama duduk di bawah bumbung sama semasa dipuncak kuasa dalam UMNO dulu.

Dari situ kita dapat mengukur sejauh mana hebat ketangkasannya mentadbir hingga Daim tidak berselindung kata beliau cukup bimbang jika negara ini duduk di bawah Anwar.

"Masalah Anwar ialah imejnya lebih bersih daripada bersih," kata yang cukup dalam maknanya.

Ditanya pula bahawa Anwar percaya bahawa beliau ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Ini kata Daim, "Hakikatnya, nasib manusia ditentukan Tuhan. Anda mungkin hanya tinggal satu denyutan jantung lagi daripada jawatan itu tetapi orang berkata, Tuhan menentukan. Saya fikir Tuhan masih menyayangi Malaysia."

Anwar bukan setahun dua dalam kerajaan. Beliau masuk UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri pada tahun 1982 hingga ke jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1998.

Cuba tengok kiri dan kanan sepanjang 16 tahun itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau projek istimewa Anwar yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang kehebatannya.

Jawabnya tentu tidak ada. Kejayaannya meniti setapak dengan segera dalam hiraki politik semata-mata kerana beliau dicop sebagai 'Budak Bermata Biru' Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.

Siapa sahaja yang bergiat cergas dalam politik semasa eranya tahu sangat suasananya waktu itu bagaimana semua lintang pukang datang berlari bila sebut nama 'Pak Sheikh'.

Jangan kata Daim, malah ramai Ketua-ketua UMNO Bahagian dan bekas pemegang jawatan itu semasa zaman beliau di puncak kuasa boleh cerita macam-macam khususnya semasa hendak 'langgar' Allahyarham Tun Ghafar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Pink form yakni borang saham yang boleh bawa untung segera zaman itu terbang sana sini.

Kalau mahu bercakap mengenai bab kroni dan 'connection' nama beberapa adik beradik Anwar cukup harum waktu itu di mana baik orang politik maupun korporat berusaha sungguh-sungguh hendak 'buat baik' dengan mereka.

Banyak yang tahu bagaimana mereka cukup gerun pada Azmin Ali yang dulu dan kini orang kepercayaan nombor satu Anwar sekalipun level rasminya waktu itu cuma Setiausaha Sulit.

Bukankah Shamsidar Taharin pernah menjadi pegawai Hal Ehwal Korporat yang jarang pergi kerja dengan gaji ribuan dan kereta besar di sebuah bank yang taukehnya diketahui umum, rapat dengan Anwar.

Juga ada orang kanan Anwar yang jadi pengerusi berjela-jela syarikat hingga ramai yang bengang cakap, apa pengalaman dan keistimewaannya?

Pada zaman kemuncak reformasi pula ada orang kanannya dikatakan lari keluar negara dengan 'wang besar'.

Sebab itu ramai yang tahu segala macam kisahnya hanya tertawa bila mendengar Anwar berceramah hentam segala macam tidak betul, rasuah dan kronisme terhadap kerajaan.

Cuba check tengok berapa ramai kalangan wartawan yang aktif semasa eranya di puncak kuasa yang masih terus menerus 'steady' menunjang perjuangannya. Jawabnya juga tiada.

Ramai yang melihat sendiri bagaimana beliau 'mengatur' media arus perdana waktu itu.

Jadi kita tidak perlu hairan kalau dengar ada kalangan wartawan era itu yang gelak sakan kalau dengar Anwar bercakap kondem pasal media dikuasai kerajaan segala macam.

Pokok pangkalnya hanya mereka yang terdedah dan lihat sendiri semua ini tahu menilai. Ini termasuk bagaimana eksyen sebilangan orang kanan Anwar waktu itu dengan lagak masing-masing.

Kalau ingat nak pergi lebih jauh...siapa yang tidak pelik tengok satu demi satu orang yang asalnya cukup rapat dengannya tinggalkannya ataupun parti.

Ini berlaku bukan saja zaman kejatuhannya tetapi berterusan hingga selepas era tsunami politik pilihanraya Mac 2008.

Mereka yang bermati-matian berjuang hendak menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat boleh bagi ceramah panjang bagaimana mereka melihat banyak yang tidak betul hingga membuat mereka angkat kaki.

Antaranya Dr. Chandra Muzaffar, peguam Zainur Zakaria, Datin Saidatul, Senator Ezam Mohd Noor, Anuar Shaari, Hajjah Aminah, Datuk Jefrey Kitingan, Roslan Kassim, Ng Lum Yong, YB Gobalakrishnan, YB Wee Choo Keong, YB Mohsin, YB Datuk Seri Zahrain, YB Dominique.

Allahyarham Professor Dr. Uthman Muhammady, Dr. Mohd. Yusri, Datuk Syazryl Eskay, Fairus Khairuddin, Marina Yusuf, Lokman Noor Adam, YB Mohd Radzi Salleh, YB Badrul Hisham Abdullah, YB Tan Tee Beng, YB Jamaluddin Mohd Radzi, YB Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, YB Tan Wei Shu, Zahid Md Arip dan lain-lain.

Salah satu orang kanan Anwar, Dr Sidek Baba satu ketika dulu mendedahkan kenapa beliau juga ucap selamat tinggal.

Pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini berkata  soal integriti amat penting untuk menampilkan imej pemimpin yang berhasrat menerajui negara.

“Saya dididik, sebagai pemimpin, kamu perlu bersih dan kelihatan bersih,” katanya.

Soalnya kenapa orang-orang yang ada kredibiliti seperti Dr Sidek membuat penilaian sebegitu terhadap Anwar kalau tidak bersebab.

Apapun peliknya kita tidak pernah dengar Anwar meratapi pemergian semua orang ini.

Ikut cerita sumber-sumber parti itu, beliau cukup selesa dengan situasi semasa kerana orang yang kenal selok beloknya dan boleh bikin masalah sudah tiada.

Kini macai-macai utama dalam PKR kebanyakannya adalah orang baru yang bergayut pada parti dan Anwar atas sebab masing-masing.

Golongan ini dan yuppies lain yang terkinja-kinja mendokong parti itu dikatakan tidak tahu banyak malah tidak peduli apa pun latar belakang Anwar.

Keutamaan Anwar kini dikatakan lebih ingin jaga PAS dan DAP yang dilihatnya sebagai terowong yang boleh menjayakan impiannya ke Putrajaya. Masing-msing saling garu mengaru atas cita-cita dan matlamat sama.

Siapa yang tidak syok melihat dua parti yang kononnya dakwa berprinsip sangat mengambil sikap 'No Question Ask' semata-mata kerana tidak mahu program mereka untuk mengejar Putrajaya rosak.

Sebab itu Anwar boleh terus dan terus berdondang sayang sekalipun ada dakwaan 100 video yang dikaitkan dengannya keluar di pasaran.

Kalau PAS sendiri yang kononya nak jadi tiang seri perjuangan Islam boleh tutup mata, apa sangat orang di kampung dan bandar yang terus jadi 'Pak Pacak' di ceramah-ceramahnya.

Seperti kata seorang pemerhati politik Anwar kini dalam mode nothing to loose, untung sabut timbul. (Agenda Daily)

No comments:

Post a Comment