Monday 25 March 2013

BUDAK 12 TAHUN MATI SELEPAS KAHWIN






HAJJA (Yaman): Seorang budak perempuan meninggal dunia tiga hari selepas dinikahkan dengan lelaki berusia 20-an, kata sumber perubatan dan aktivis hak asasi manusia, semalam.

Elham Mahdi Shuee, 12, menghembus nafas terakhir di hospital Hajja selepas dimasukkan ke situ kerana mengalami pendarahan akibat persetubuhan.

Jurucakap Sisters Forum for Human Rights, Majed Al Mathhaji, berkata Elham disahkan mengalami masalah rahim koyak. Katanya, Elham dikahwinkan melalui ‘pernikahan tukar’.

“Melalui amalan itu, keluarga suami Elham tidak membayar mas kahwin, sebaliknya menikahkan anak perempuan mereka yang sama usia dengan abang Elham,” katanya.

Selepas Elham meninggal dunia, keluarga suaminya membawa pulang anak perempuan mereka dari rumah abang Elham. Masalah buta huruf dan kemiskinan menyebabkan amalan mengahwinkan kanak-kanak sesuatu yang lazim di Yaman. (Agensi)

No comments:

Post a Comment