Thursday 28 March 2013

BUKU PASTI BERTEMU RUAS!






Saudara Pengarang,

SUKACITA saya ingin memaklumkan bahawa keahlian Sabah Brotherhood di seluruh Sabah cuma seramai 999 orang.  Bagaimana pun ahli-ahli kami adalah mereka yang cukup terlatih dan pakar demi mempertahankan bumi berdaulat Sabah dari penceroboh.

Ahli-ahli kami juga adalah terdiri dari mereka yang berbilang kaum dan bangsa. Kumpulan ini diaktifkan semenjak insiden pencerobohan berlaku di Lahad Datu dan Semporna. Kumpulan ini mempunyai matlamat untuk SYAHID demi mempertahankan bumi Sabah dan Malaysia yang tercinta.

Seperti mana yang kita sedia maklum, berikutan insiden pencerobohan oleh sekumpulan pengganas di Lahad Datu dan juga di Semporna yang mana melalui insiden ini ianya telah mengorbankan 10 orang Polis dan Tentera yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Insiden ini menunjukkan satu petanda bahawa ia turut sama dirasai oleh rakyat Malaysia di seluruh Malaysia bagi bangkit mempertahankan tanah air Sabah dari penceroboh sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Sebelum ini, kita dikejutkan bagaimana tersiarnya gambar keakraban di antara pengganas Jamalul Kiram dan Misuari yang disiarkan di beberapa portal Filipina yang mana kita sedia maklum bahawa kebanyakan tentera Jamalul Kiram adalah orang MNLF berdasarkan bukti gambar dan kenyataan oleh pegawai MNLF itu sendiri, yang jelas menunjukkan wujud campur tangan MNLF meskipun dinafikan oleh Misuari sendiri.

Terdapat juga gambar perjumpaan di antara Misuari dan Anwar Ibrahim yang turut tersiar di Internet sebelum ini. Rantian gambar ini juga turut disahkan oleh beberapa kenyataan oleh Raja Petra dan wiki leaks sendiri yang menyatakan bahawa berlaku pertemuan sebelum ini di antara Misuari dan Anwar di Jakarta dan di Filipina sebelum kejadian pencerobohan ini.

Sebelum ini juga beberapa kali Anwar sering kedengaran menyanyi dalam sesi ceramah lagu "Tanya Sama Najib, Sabah Nak Hilang", ini jelas menunjukkan dalang pencerobohan ini bukan sahaja antara Jamalul Kiram tetapi wujud campur tangan Misuari dan Anwar.

Perisikan Filipina sendiri mengesahkan pencerobohan oleh pengganas Jamalul Kiram sebenarnya didalangi oleh orang tertentu yang berpengaruh dari Malaysia, di mana kebanyakan pengganas ini mempunyai senjata yang canggih dan wang yang banyak.

Sebelum itu juga seluruh rakyat sabah rasa cukup tersinggung berikutan kenyataan biadap oleh Tian Chua Naib Presiden Keadilan dan juga Lajim Hj Ukin yang mengatakan bahawa insiden di Lahad Datu dan Semporna ini adalah satu sandiwara dan wayang walaupun banyak nyawa telah terkorban dan tercedera.

Atas sebab di atas inilah, sekumpulan belia dan mahasiswa yang menggunakan motor dan tidak bermotor yang berjumlah hampir 100 lebih orang yang bermotor dan telah berkumpul di kawasan Star City pada 24 Mac 2013 sempena ceramah Anwar Ibrahim (TONTON VIDEO) tanpa membawa apa-apa jenis senjata tajam; sebaliknya sekadar membawa manilakad dan tanpa disuruh atau dibayar oleh mana-mana parti politik bagi membuat bantahan terhadap Anwar Ibrahim; berikutan kaitannya dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram dan juga sekaligus menyatakan bantahan terhadap kebiadapan Tian Chua dan Lajim Ukin.

Sekumpulan belia yang bermotorsikal ini diakui telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan menggunakan motorsikal lalu di hadapan ponyokong keadilan dan terus diserang dengan begitu kejam.

Saya mewakili Sabah Brotherhood ingin menyatakan rasa tidak puas hati kami dengan tindakan ini walaupun berhadapan dengan provokasi dari belia tersebut, sepatutnya mereka ditahan dan bukan dipukul sedemikian rupa sehingga menunggu polis menangkap mereka. Inilah proses demokrasi yang sebenar.

Saya ingin  mengimbas kembali kejadian DEMO BERSIH 1.0/2.0 dan 3.0 oleh Ambiga. Persoalannya di sini adakah Ambiga diupah oleh Anwar dan adakah mereka mendapat serangan dari parti sebelah?. Mereka yang mengikuti perhimpunan bersih bebas melakukan demo sehingga menterbalikkan kenderaan polis.

Kenapa pula belia yang hanya membuat provokasi menggunakan motorsikal dipukul dengan besi oleh parti keadilan? Apa jenis keadilan yang dibawa oleh parti keadilan dan parti sekutunya ini? Kami tidak kisah sekiranya pihak polis yang memukul peserta demo ini, tetapi jika ahli keadilan yang berbuat demikian ia jelas menunjukkan mereka telah melanggar lunas demokrasi dan cuba menjadi samseng.

Memandangkan mereka (ahli keadilan) telah melakukan serangan ala samseng kepada belia-belia tersebut dan telah pula menuduh mereka sebagai samseng jalanan dan budak upahan; maka kami telah membuat keputusan dan juga ingin memberikan amaran keras bahawa semua Ayahanda dan Abang Long Brotherhood akan digerakkan bagi setiap ceramah keadilan bagi melihat semula sejauh mana kejantanan orang keadilan sebenarnya, apabila berhadapan dengan orang yang jauh lebih dewasa dari belia tersebut.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa sebahagian peserta demo tersebut ada kena mengena dengan ahli Sabah Brotherhood dan beberapa orang dari mereka telah cedera parah dan kami berjanji akan memberikan pengajaran sepenuhnya kepada ahli keadilan dan sekutunya yang berbuat ala samseng kepada mereka sebelum ini.

Saya ingin mengistiharkan di sini bahawa kami telah mengecam wajah dan ahli parti keadilan dan sekutunya dan mereka akan bertanggung jawab sepenuhnya di atas serangan ini.

Untuk makluman video ini telah kami perolehi dari seorang ahli keadilan yang hadir di sana yang merakam dengan jelas kejadian ini. Video tersebut terbahagi kepada 3 bahagian video yang disiarkan hanya 1 bahagian sahaja.

Pemberi video ahli keadilan tersebut juga turut menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan kehadiran motor tersebut yang membuat provokasi dengan bunyi bising yang bising tetapi beliau turut bersetuju bahawa belia tersebut tidak sepatutnya dipukul sebegitu.

Sepatutnya belia tersebut ditahan dengan menangkap mereka bukannya dipukul dengan serangan yang sebegitu kejam dan merosakkan motorsikal mereka. Patutkah bayaran bunyi bising motor dibalas dengan pukulan besi sehingga motorsikal mereka dirosakkan dengan begitu rupa?

Nasihat kami agak jelas untuk orang Keadilan, DAP dan PAS iaitu ”Wahai Orang Keadilan Dan Parti Sekutunya, Kami Bukan Orang BN Dan Juga Bukan Orang Pembangkang; Sebaliknya Kami Adalah Pencinta Hak Sabah, Kamu Akan Bertemu Buku Dengan Ruas”

Saya juga ingin mengingatkan dan memberikan amaran kepada pembuat fitnah melalui laman sosial dan blog dengan mengatakan bahawa belia-belia ini adalah PATI dan budak upahan ini tidak benar sama sekali.

Belia ini adalah warganegara Malaysia yang sejati. e-mail kami untuk berjumpa jika kamu perlu bukti dan sekiranya para pengomen tidak berpuashati bolehlah bertemu dengan kami sebagai anak jantan. e-mail : sabah.brotherhood@yahoo.com

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

AYAHANDA JOHN RAMBO



No comments:

Post a Comment