Sunday 31 March 2013

BUMI RANAU HILANG DAULAT?






Saudara Pengarang,

HAKIKATNYA, seinci tanah Sabah tidak akan rela menerima 'bangkai' Pengganas Sulu ditanam di sini, namun ada pihak yang cuba mencetuskan sengketa dan membakar kemarahan rakyat tempatan dengan menjadikan bumi Ranau sebagai Kubur pengganas daripada Lahad Datu.

Dengan ini, cucu cicit para Pengganas akan menganggap bahawa datuk atau moyang mereka (Pengganas Sulu) dikuburkan di Sabah dan boleh menuntut Sabah terutama Ranau sebagai milik mereka.

Persoalannya kenapa Wakil Rakyat, Pegawai Daerah dan pemimpin KDM di Sabah hanya berdiam diri dan mengizinkan berpuluh 'bangkai' pengganas berkenaan bersemadi di Ranau?

Salam Hormat,


REIDZS AK KDM

No comments:

Post a Comment