Monday 4 March 2013

KHABAR ANGIN KERJA ANASIR SUBVERSIF






Oleh : SHAIMON S JUMADI

TAWAU : Presiden Pertubuhan Pribumi  Sabah (PPS) Mohd Jeffry Rosman mengingatkan penduduk di Tawau supaya jangan mudah mendengar khabar-khabar angin yang di bawah oleh orang yang tidak bertanggung jawab mengenai kes pencerobohan ini.

"Saya tidak menafikan memang terdapat di kalangan orang ramai yang suka membuat andaian dan menulis sembarangan di Laman Sosial seperti di Facebook sehingga dikaitankan dengan politik dan menakutkan orang awam,” katanya.

Kata Jeffry, ada sesetengah pihak menyebarkan khabar-khabar angin  yang mengatakan bahawa kononya kumpulan militan akan menyerang   Tawau, Sandakan dan Kudat pada bila-bila masa sahaja selain di Lahad Datu dan Semporna setelah berlaku kejadian tembak menembak antara pihak berkuasa dengan militan.

"Ekoran khabar angin yang telah disebarkan oleh orang tertentu  yang kurang bertanggungjawab, ramai penduduk di daerah Sandakan kini dalam keadaan cemas  sehingga ramai yang membeli banyak beras dan bahan makanan sehingga pasaraya menjadi sesak dan kehabisan bekalan,” ujarnya.

Jeffry  menasihatkan ahli-ahli PPS agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hal ini kerana pihak keselamatan seperti telah mengadakan kawalan ketat sama ada di darat; mahupun di perbatasan negara.

“Saya bagi  pihak ahli PPS seluruh Sabah dan bagi pihak keluarga saya ingin mengucapkan takziah kepada anggota keluarga seramai lapan orang yang terbunuh kerana mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa. Harap mereka bertenang dan menerima ketentuan Illahi," kata Jeffry sambil membaca al-Fatihah.





Kata Jeffry, beliau mendoakan agar kematian lapan  orang  pejuang dan wira negara akan mendapat penghomatan yang tidak ternilai harganya daripada kerajaan Malaysia dan  agar roh mereka di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Diminta mengulas  beberapa kenyataan yang tersiar di akhbar-akhbar tempatan dan TV3 yang mendakwa dan mengaitkan kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalangnya mengenai pencerobohan ini sehingga Anwar akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan TV3,  Jeffy enggan memberi sebarang komen.

Jeffry juga mengajak kepada  umat Islam di Sabah agar mengadakan solat Hajat di masjid dan surau untuk memohon doa  kepada Allah supaya negeri Sabah, khususnya Lahad Datu, Kunak dan Semporna sentiasa selamat dilindungi Allah daripada menerima bala dan bencana yang tidak diundang itu.

No comments:

Post a Comment