Monday 4 March 2013

LOKMAN ADAM, PENASIHAT 'SULTAN SULU'?






         
Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
           
EXCO Pemuda Umno Lokman Adam berkata, beliau sememangnya pernah menjadi penasihat kepada Sultan Sulu yang 'diiktiraf' kerajaan Malaysia, Sultan Roodinood Julaspi Kiram pada tahun 2005 hingga 2006.

Menurut Lokman, pelantikan beliau sebagai penasihat bagi anak kepada Sultan Julaspi Kiram itu bertujuan untuk membantu urusan dengan kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.

"Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar iaitu Sultan Roodinood, anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.

"Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada menteri luar pada ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lokman berkata demikian bagi menjawab dakwaan yang tersebar di blog dan laman sosial berhubung kaitan beliau dengan Sultan Sulu yang didakwa menghantar pengikut untuk menceroboh pantai timur Sabah.

No comments:

Post a Comment