Saturday 30 March 2013

NGO SOKONG PENUBUHAN ESSZONE







WAWANCARA....Hj Sallehudin menyambut baik penubuhan ESSZONE di Sabah.

Oleh: SHAIMON S JUMADI                   FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN : Pengerusi  Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Sandakan (PKBKS), Hj Sallehudin Hj Anoi  menyokong sepenuhnya cadangan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak  bagi menubuhkan ESSZONE di seluruh pelusuk negra ini termasuk di Sabah.

Katanya, usaha murni Perdana Menteri itu harusnya disambut baik oleh semua pihak tidak kira sama ada  mereka penyokong parti kerajaan mahupun parti pembangkang yang sama-sama menyokong penubuhan ESSNZONE tersebut untuk kebaikan bersama.

Haji Sallehudin berkata demikian kepada Sabahkini.Net ketika diminta pandangannya mengenai usaha menubuhkan ESSZONE yang diancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman di Dewan Seri Libaran, baru-baru ini.

“Dengan tertubuhnya ESSZONE ini, kita yakin akan dapat menjaga keselamatan lebih ketat lagi di perairan pantai Timur  Sabah dari  Kudat sehingga ke Tawau,” ujarnya.

Pemilihan Ketua Menteri sebagai Pengerusi ESSZONE memang kena pada tempatnya, tambah Hj  Sallehudin, lagipun beliau kini telah menyandang jawatan Pengerusi Majlis  Keselamatan Negara bagi negeri Sabah (MKN).

Tambahnya lagi, dengan adanya ESSZONE ini masyarakat khususnya yang tinggal di perkampungan di kepulauan dan di pesisir pantai tidak perlu bimbang atau takut kerana keselamatan mereka telah dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Ditanya mengenai namanya yang kini sedang hangat disebut-sebut oleh ahli bakal menjadi calon pada PRU 13 di Parlimen Kinabatangan untuk menggantikan tempat Datuk Bung Moktar Radin, Hj Sallehudin enggan memberikan  sebarang  jawapan.

No comments:

Post a Comment