Sunday, March 3, 2013

OPERASI TATABA KATALIS PERJUANGAN






PASUKAN.......Pairin dan Dompok menunjukkan surat yang ditandatangani bagi pergerakan Operasi Tataba. Kelihatan sama Madius, Justin dan Daniel.

Oleh : ROZIE JUMAT
         
         
TAMBUNAN :  Gandingan yang erat sebagai satu pasukan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) membawa kebaikan kepada rakyat,  di mana perjumpaan melibatkan pemimpin tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Upko  sebagai satu petanda yang menguatkan semangat persaudaraan diantara satu dengan yang lain.

Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata,  sebagai satu pasukan kerjasama ketiga parti itu  dapat  menyampaikan hasrat, mendekatkan diri kita ke arah yang baik untuk masyarakat majmuk dan khususnya KDM.

Pairin berkata demikian di Majlis Ramah Mesra Pemimpin BN di TRCC, di sini. Program itu adalah untuk mengalu-alukan kehadiran Presiden Upko yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang telah menganjurkan Program Hello Komoditi kepada para pekebun Kecil di daerah Tambunan.

Menurut Pairin, sebelum ini ketiga Presiden Parti Komponen dalam BN telah duduk meja bersama dalam satu pelancaran Program Operasi Tataba yang dikendalikan bersama ketiga parti itu.

“Oleh itu kena pada tempatnya untuk kita mengambil peluang  di mana saja untuk  menyampaikan hasrat kita, menguatkan lagi tali silaturahim dan mendekatkan hati kita dalam soal menuju ke arah yang lebih baik untuk masyarakat majmuk dan keturunan kita di negeri ini,” ujar Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Wakil Rakyat Tambunan.


Katanya, dengan  niat baik dan tulus ikhlas tersebut dapat menguatkan lagi semangat persaudaran dan mempastikan perjalanan yang lebih baik untuk negeri dan rakyat Sabah.

Sementara itu, Bernard berkata beliau berasa gembira dapat bersama-sama pada program anjuran PBS Tambunan tersebut.


“Saya senang hati dengan program ini., satu peluang besar dan penuh bermakna,” ujar Bernard yang turut memberitahu perjalanan politik beliau bermula di Tambunan pada tahun 1984.


Sempena Program Ramah Mesra bersama Pemimpin BN itu kedua Presiden telah menurunkan tandatangan perlantikan penyelaras bagi Operasi Tataba di seluruh negeri melibatkan ketiga parti.


Hadir sama Setiausaha Agung Upko, Datuk Wilfred Madius Tangau , Wakil Rakyat Bingkor Datuk Justin Guka dan Penolong Setiausaha Agung PBS, Datuk Daniel Kinsik.



No comments:

Post a Comment