Sunday 31 March 2013

PDRM TERIMA 1,000 MOTORSIKAL PERONDA







Oleh : BOO SU-LYN


PETALING JAYA : Sebanyak 1,000 tambahan unit peronda motorsikal (URB) akan diedarkan ke seluruh Malaysia untuk mengukuhkan lagi 1,000 pasukan URB yang dilancar pada Disember lepas, umum Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Perdana menteri berkata URB sangat berkesa dalam mengurangkan jenayah, menegaskan jumlah jenayah dalam negara telah turun sebanyak 6 peratus dalam suku pertama tahun ini, berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

"Jangan bersikap sinis terhadap kerajaan," kata Najib semasa program Bersatu Banteras Jenayah anjuran Polis Diraja Malaysia disini hari ini.

"Jangan terperangkap dalam polemik statistik. Ia adalah lebih baik jika kita menghargai tema pada hari ini - Bersatu Banteras Jenayah," tambah beliau.

Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch pada awal Januari lalu telah mendedahkan bukti kaedah yang digunakan oleh PDRM untuk memanipulasi data kadar jenayah bagi menunjukkan penurunan dengan mendakwa kes seperti ragut, rompakan tanpa senjata, termasuk pecah rumah adalah lebih tinggi daripada jenayah indeks yang dikeluarkan daripada Januari hingga Oktober 2011.

MyWatch juga mendedahkan jenayah bukan indeks iaitu kecurian kenderaan seluruh Malaysia daripada Julai-September 2011 sebanyak 17,645 dan dalam tempoh sama pada 2012 meningkat 3.5 peratus kepada 18, 269.

Pada Ogos tahun lepas, polis menafikan dakwaan bahawa mereka telah memanipulasi statistik jenayah.

Hari ini, Najib juga berkata di bawah fasa pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2009-2012, kadar jenayah negara menurun sebanyak 27 peratus, manakala jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus.

Beliau turut menyatakan bahawa jenayah adalah isu utama keutamaan bagi penduduk bandar.

“Kami berharap bahawa ini menandakan komitmen kerajaan dan kesungguhan dalam membanteras dan mengurangkan kadar jenayah ke tahap yang minimum,” kata Najib.

Menjelang Pilihan Raya Umum 2013, pengundi wanita ― yang mewakili separuh daripada 13.3 juta pengundi Malaysia ― juga menekankan jenayah sebagai salah isu membimbangkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata dalam ucapannya pada majlis yang sama awal hari ini berkata URB telah menahan sebanyak 207 suspek sepanjang tempoh hingga 20 Mac, 129 di Selangor, 30 di Kuala Lumpur, 38 di Johor dan 10 di Pulau Pinang.

Pengerusi sektretariat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, Datuk Ayub Yaakob memberitahu pemberita hari ini bahawa URB telah tertumpu di kawasan-kawasan perumahan, terutamanya untuk mencegah kes pecah rumah.

Unit prestasi Putrajaya, PEMANDU berkata Julai lalu jenayah indeks di Malaysia telah menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun lepas berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2011.

Sebelum itu, Pemandu juga menunjukkan angka indeks jenayah telah menurun sebanyak 11.1 peratus 2010-2011, manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh yang sama. (TMI)

No comments:

Post a Comment