Wednesday 27 March 2013

PRIBUMI'S PERJUANGKAN TANAH ADAT SABAH






JELAS.....Timbalan Presiden PRIBUMI'S Dr Zhamree Gulam Ibni Hj Ghulam Rasul (kanan sekali) menjelaskan isu isu berkaitan tanah adat (NCR) yang termasuk dalam agenda perjuangan PRIBUMI'S bersama sebahagian AMT PRIBUMI'S.

Oleh : Media PRIBUMI'S

KOTA KINABALU : Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI'S) menyambut baik cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengesyorkan agar sebuah tribunal ditubuhkan bagi menangani isu dan aduan berhubung tuntutan tanah Orang Asli dan Orang Asal negara ini.

Syor itu antara yang dicadangkan Suhakam melalui Inkuiri Nasional Hak Tanah Orang Asal/Asli yang ditubuhkan sejak Jun tahun lalu bagi mengumpul dapatan mengenai isu itu.(Suhakam merujuk Orang Asli sebagai penduduk asal Semenanjung manakala Orang Asal sebagai penduduk asal Sabah dan Sarawak).

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI'S) Dato' Dr Mohamad Jeffry Rosman berkata memang tidak dinafikan lagi, pelbagai kes tanah adat (lebih popular dikenali sebagai NCR) yang belum selesai di Sabah, ditambah dengan dasar-dasar kerajaan negeri yang menidakkan hak orang asal untuk menjalankan kehidupan mereka di tanah kelahiran mereka sendiri.

Contohnya terdapat banyak kes yang terlepas pandang selepas pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 di mana banyak tanah di negeri ini telah digazetkan sebagai hutan simpan tanpa ada tinjauan di kawasan berkenaan samada terdapat penduduk atau tidak.

Maknanya, orang kampung mempunyai kedudukan yang paling bahaya kerana hak mereka tidak terjamin dan mereka tidak boleh memperjuangkan hak mereka sekiranya berlakunya pencemaran dan kerosakan yang dilakukan oleh orang lain, seperti syarikat pembalak.

Inkuiri juga mengesyorkan agar ditubuhkan satu sumber kewangan untuk membolehkan khidmat pakar perundangan dalam isu tanah untuk mewakili mereka dalam rundingan."Orang Asli/Asal merupakan 13.8 peratus daripada populasi penduduk negara ini. Mereka sebahagian daripada kita malahan turut menyumbang dalam proses pembangunan negara.

"PRIBUMI'S kini sedang berusaha menyelesaikan isu tuntutan tanah adat dalam menjaga kepentingan hak anak negeri," katanya dalam satu sidang media sempena mesyuarat Ahli Majlis Tertingi (AMT) di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri Sabtu lalu. Turut hadir dalam sidang media tersebut Timbalan Presiden PRIBUMI'S Dato' Ruddy Awah, Dato' Jasle  dan Dr Zhamree Gulam Ibni Hj Ghulam Rasul.

No comments:

Post a Comment