Sunday 31 March 2013

RTC BERI MANFAAT UNTUK PENDUDUK






Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Daerah Beaufort kini mempunyai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang terletak di Kampung Kubu, Beaufort, yang berfungsi sebagai pusat pembekalan agro-makanan dan agro-bisnes yang menghubungkan pengeluar dengan pengguna, selain memperhebat rangkaian pemasaran produk desa.

Ketika berucap merasmikan Program Mini Karnival RTC Kg Kubu, Beaufort, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkata pewujudan RTC itu merupakan satu peluang keemasan yang perlu dimanfaat penduduk luar bandar, khususnya di Beaufort.

“Selain infrastruktur kondusif, RTC ini turut menyediakan pelbagai maklumat mengenai program peningkatan kemahiran, keusahawanan dan pemasaran yang ditawarkan Kerajaan,” katanya.

Antara inisiatif RTC ialah latihan kemahiran, penubuhan Kiosk Informasi Malaysia, pertanian bernilai tinggi, Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Farmaseutikal; dan Kemudahan Pembiayaan.

Bagi penduduk setempat, pewujudan RTC memberi banyak manfaat kepada mereka.

Pelaksanaan RTC menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bertujuan membangunkan kawasan luar bandar demi memastikan penduduknya tidak ketinggalan daripada menikmati kemakmuran hasil kemajuan negara selama ini.

No comments:

Post a Comment