Saturday 13 April 2013

ANWAR BATAL HASRAT UMUM CALON PKR






KOTA KINABALU : Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan pengumuman calon PKR Sabah, disebabkan oleh konflik yang gagal diselesaikan berkenaan dengan beberapa kerusi.

Ketua Umum PKR itu juga mengatakan beliau telah memberi jaminan kepada Ketua Cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah, calon yang dicadangkan oleh Ansari akan dipertimbangkan.

“Di Sabah, sebab mengapa saya tidak mengumumkan calon sekarang adalah kerana walaupun banyak kerusi telah diselesaikan, masih terdapat konflik di satu dua kerusi,” kata Anwar dalam sidang akhbar di Likas petang kelmarin.

“Saya tidak mahu merumitkan keadaan. Saya belum bersedia mengumumkan lagi,” tambah Ketua Pembangkang itu.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebelum ini menolak senarai calon Ansari Jumaat lepas mengatakannya sebagai 'cadangan semata-mata'.

Ansari telah mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi parlimen Tuaran, selain mengumumkan calon bagi enam kerusi parlimen lagi.

Penyandang kerusi parlimen Tuaran adalah Datuk Seri Wilfred Bumburing yang telah meninggalkan parti komponen BN UPKO dan menubuhkan partinya Angkatan Perubahan Sabah (APS) — bersekutu dengan Pakatan Rakyat (PR).

1 comment:

  1. Anwar Ibrahim juga terkenal di Indonesia
    Terima kasih infonya, sangat bermanfaat

    ReplyDelete