Monday 1 April 2013

BN PILIHAN TERBAIK UNTUK RAKYAT






NYANYI.....Kelihatan Musa (tengah) semasa menyanyikan lagu 1Malaysia pada majlis itu.

PUTATAN: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, Barisan Nasional (BN) adalah pilihan terbaik untuk rakyat Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sambil membayangkan bahawa bahang pilihan raya umum semakin dekat beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata, kepentingan dan keselamatan rakyat di negeri ini akan lebih terjamin dan terpelihara di bawah pemerintahan kerajaan BN.

“Tidak lama lagi kita akan menghadapi pilihan raya umum, saya yakin rakyat di seluruh Sabah bijak menilai mana kerajaan dan pemimpin yang prihatin dan baik hati kepada rakyat.

“Oleh itu apabila tiba pilihan raya jangan lupa pangkah calon Barisan Nasional, kerana hanya kerajaan BN yang mampu membela nasib rakyat.

“Saya yakin rakyat di negeri ini termasuk di Putatan bijak dan pandai menilai mana satu parti yang baik dan boleh dipercayai serta dapat menjamin masa depan kita serta anak cucu kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ‘Road Show Yayasan Sabah Bersama Rakyat – Program Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah, di Dewan Serbaguna Putatan, di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin; Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul; pembantu-pembantu menteri dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Musa turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak tersalah pilih dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir tidak bertanggungjawab pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ini kerana parti pembangkang tidak boleh dipercayai, sebaliknya kerajaan BN mempunyai track rekod yang baik sejak berpuluh-pulu tahun yang lalu.

“Hasil pentadbiran kerajaan BN negara kita makmur dan maju serta rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini terbela.

“Oleh itu kita jangan terpengaruh dengan parti pembangkang yang hanya tahu bercakap bohong dan menabur janji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya,” katanya. (ST)

2 comments:

  1. ini kali lah..ckup la ni setan makan duit haram..hutan simpan d pdalaman dkat habis da ni mangkuk ambil..jalan gravel,tpi jmbtan simen dia bt,spya snang lori balak limpas nanti..sial pnya manusia..

    ReplyDelete