Monday 29 April 2013

CALON N 44 KARAMUNTING PENIPU?






Saudara Pengarang,

SAYA, Edham Karim. Nombor Mykad 710904-12-5647. Gambar di sebelah kiri di atas adalah wajah saya sebenar. Kini saya tinggal di Kinabatangan. Surat ini saya tulis untuk mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Calon N44, Karamunting.

Sebelum tirai PRU 13 dibuka, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mencanangkan kemunculan calon muka baru dengan imej sebagai 'Calon Boleh Menang.'

Calon ini kononnya amat bersih dan melepasi 'index' tertinggi kesempurnaan dari segala macam perbuatan jenayah seperti rasuah dan sebagainya.

Bagaimanpun ternyata cacat juga mekanisma penapisan calon-calon sempurna Kerajaan BN ini. Malah konsep 'Calon Boleh Menang' itu sebenarnya hanya omong kosong sahaja yang ada hanya 'calon yang kaya dan boleh mengumpul dana' untuk kelangsungan BN dalam PRU 13 ini.

Di sini saya kemukakan contoh kecil untuk tatapatan rakyat jelata Sabah sebagai panduan sebelum 5 Mei 2013.

Saya begitu terkejut apabila nama seorang calon Karamunting bagi kerusi BN diumumkan. Bersihkan orang ini? Anak jutawan Trushidup Plantation Sdn Bhd mempunyai kisahnya tersendiri.

Pada 1975 seramai 40 orang telah memohon tanah di Bod Napu, Sukau, Kinabatangan dan sekitar 1996 kerajaan telah melulus permohonan  tersebut dengan keluasan antara 6-14 ekar seorang. Bagaimanapun pada 12 Februari 1996, kesemua geran tanah tersebut telah dipindah milik kepada Pang Su Pin tanpa pengetahuan para pemilik sebenar.

Bapa saya, Mohd Karim bin Dana merupakan salah seorang pemilik tanah dan telah membuat bantahan di PPHT Kinabatangan pada tahun 1999; seterusya membuat laporan polis No Repot 002786/12 bertarikh  29 Disember 2012.

Siasatan kami mendapati, pindah milik geran-geran tanah tersebut kepada Pang Su Ping telah dilakukan menggunakan Surat Kuasa (Power Attorney) bertarikh 08 Mei 1993 dan 16 Mei 1993. Semua pemilik tanah tidak menandatangi dokumen tersebut di hadapan Peguam Peter Lo & Co; malah arwah ibu saya (Norhana Bt Gani) yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos 1987 juga merupakan penandatangan dokumen  Surat Kuasa (PA) bertarikh 08 Mei 1993.


Pihak Kami telah melantik Tetuan Umar Muhamad & Co untuk mengendalikan kes tuntutan kami; di mana 15 geran telah didaftarkan 'Caveat' sementara kami telah dinasihatkan oleh Peguam Umar Baki Aliudin untuk menfailkan 'Private Complaint' di Mahkamah Magistret Sandakan di bawah peruntukan Seksyen 108(i) Kanun Acara Jenayah.

Yang Benar,

EDHAM BIN KARIM
Penduduk Kinabatangan

No comments:

Post a Comment