Friday 26 April 2013

GHULABDIN IKHLAS BELA RAKYAT






Oleh : KREW SABAHKINI.NET

TUARAN : Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman; Haji Ghulabdin Enjih berikrar memperjuangkan nasib rakyat yang memerlukan pembelaan jika terpilih sebagai Wakil Rakyat.

Haji Ghulabdin yang mempunyai pengalaman luas dalam politik dan pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Setiausaha Bahagian Berjaya Sulaman, Timbalan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Sulaman.

Beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan lain seperti Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Tuaran tahun 1991 hingga tahun 2004, Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN) tahun 1999 hingga kini; Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah tahun 2010 hingga 2012 dan Setiausaha Akhbar Menteri pada tahun 2004 hingga tahun 2010.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Rakyat anjuran Jawatankuasa Daerah Mengundi Tambalang di kediamannya di Kampung Kota Tuaran baru-baru ini, mengakui pengalaman menganggotai beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Pertubuhan Belia Kebangsaan Sabah (SANYA); Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran,Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St John Tuaran, Pengerusi Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Tuaran dan Pengerusi Ranting Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Kawasan Sulaman

Kesungguhan Haji Ghulabdin berkhidmat dan mendekati penduduk pelbagai kaum di kawasan Sulaman telah menjadikan beliau begitu disenangi dan sering mendampingi rakyat tanpa mengira sama ada tua ataupun golongan anak-anak muda di kawasan tersebut.

Peluang Haji Ghulabddin agak cerah dan yakin dapat membuat kejutan dalam pilihan raya ini dan bakal memberikan saingan sengit kepada penyandang, Datuk Haji Hajiji Noor; malah peluang berdepan dengan penyandang merupakan satu cabaran politik yang menarik kerana pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada Hajiji.

"Sesungguhnya bagi saya, PKR mempunyai potensi besar bagi menawan Kawasan DUN Sulaman dan Kawasan Parlimen Tuaran kerana terlalu banyak isu tempatan; seperti masalah perumahan di Kampung Mengkabong yang bernilai RM80 juta; tetapi terdapat pembinaannya tidak mengikut kehendak rakyat.

"Pembinaan itu seolah-olah hanya melepaskan batuk di tangga dan asal ada sahaja, malahan terdapat juga banyak rungutan yang diluahkan oleh rakyat terlibat kerana tidak berpuas hati terhadap sistem pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti.

"Situasi lebih tidak menyenangkan apabila ada di antara beberapa penghuni yang sepatutnya juga layak memperolehi rumah tetapi tidak berpeluang memilikinya.

"Saya ingin menyatakan kepada rakyat yang terlibat dan belum memperolehinya agar bersabar. Sekiranya saya diberi peluang oleh rakyat untuk mewakili kawasan ini, Insyallah saya sudah merangka satu dasar koprehensif untuk menyelesaikan masalah rakyat terlibat. Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT dan atas sokongan rakyat Pakatan Rakyat (PR) dapat diberipeluang untuk memerintah," kata Haji Ghulabdin.

Haji Ghulabdin menyatakan, rakyat di DUN Sulaman dan Sabah khasnya tidak mempunyai pilihan selain daripada memilih Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 ini demi merealisasikan perubahan yang lebih bermakna sejajar dengan mesifesto  dan perjuangan untuk memberikan perkhidmatan yanglebih telus kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, rakyat mesti melakukan perubahan kerana pemerintahan yang lepas begitu tidak ikhlas kerana jelas apabila sudah mendepani pilihan raya dan merasakan sudah mulah kehilangan sokongan baharulah kerajaan memberikan pelbagai sumbangan.

"Dasar kerajaan lepas sudah tidak relevan berikutan kecenderungan pemimpinnya yang mengenepikan rakyat atau tidak lagi berpaksikan kepada perjuangan membela rakyat,sebaliknya hanya mengurus kepada mempertahankan kepentingan peribadi dan kepentinagn pemimpin tertentu dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Pemimpin BN bersungguh melakukan apa sahaja cara bagi memenangi pilihan raya ini semata-mata untuk mendapatkan kuasa dengan harapan kuasa itulah yang menentukan mereka terus hidup bermewah-mewah dan seolah-olah berlagak jumud dengan melupakan kepentingan rakyat.

"Ini berbeza dengan apa yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat yang lebih mengutamakan rakyat dalam perjuangannya," kata Haji Ghulabdin lagi.

Justeru itu Haji Ghulabdin mengajak rakyat supaya berani membuat pilihan bijak dengan memilih Pakatan Rakyat kerana masanya sudah tiba untuk semua rakyat membawa perubahan dan menumbangkan sistem parti yang serta mendewa-dewakan kepimpinan yang berkuasa mutlak dan bersifat autokrasi di negara ini.

No comments:

Post a Comment