Monday 29 April 2013

KAMI TIDAK BERI TANAH KEPADA ORANG LUAR






PITAS : Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memberi jaminan bahawa kerajaan negeri Sabah di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi sama sekali tanah kepada orang luar.

"Kami tidak mampu untuk memberikan tanah kepada orang luar kerana kita sedar bahawa rakyat di negeri ini memerlukan lebih banyak tanah," kata beliau sambil menambah keperluan rakyat adalah lebih penting.

Bercakap pada jeraywara Yayasan Sabah di Dataran Bengkoka di sini hari ini, Musa menasihatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang mengenai isu tanah di negeri ini.

"Sejak saya menjadi Ketua Menteri, saya tidak pernah memberi tanah kepada orang luar," katanya yang juga yang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.

Musa turut melancarkan program Mini Estet Sejahtera Bersepadu (Mesej)Kampung Kiandut di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, iaitu program Mesej ke-45 dilaksanakan di negeri itu.

"Ini adalah cara kami membantu orang ramai menubuhkan industri yang menyediakan peluang untuk mereka menjana pendapatan," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment