Thursday 25 April 2013

LDP YAKIN PERTAHANKAN DUN KARAMUNTING






BERSEMANGAT...........Calon BN N44 Karamunting, Charles Pang bersemangat waja untuk memastikan BN berjaya mempertahankan kerusi Karamunting pada PRU-13 dengan majoriti yang lebih besar.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                 Foto :  MIMIE AZZARYA HAMZA

KARAMUNTING : Majoriti pengundi, khususnya para penyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bahagian Karamunting amat bersetuju dan menyokong penuh pemilihan calon BN daripada (LDP) bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Calon BN bagi kerusi DUN Karamunting yang merupakan muka baru, Charles Pang Su Ping yang berusia 48 tahun dan berkelulusan Bachelor Of Science (Accounting ) dari City University, Seattle Washington USA dan M.B.A Dean’s List City University, Seattle Washington USA akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.

Dalam temubual eksklusif dengan Sabahkini.Net di pejabatnya di Bandar Ramai-Ramai, dekat sini, kelmarin beliau sama sekali tidak menduga akan dipilih sebagai calon BN Karamunting kerana selama ini beliau tidak pernah melobi sehingga Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong memberi tahu beliau calon BN bagi DUN Karamunting.

"Sebelum ini para pemerhati politik meramalkan bahawa Ketua Bahagian LDP Karamunting, Lam Kai Ming akan dipilih sebagai calon kerana beliau telah bekerja keras selama ini," kata Charles merendah diri.

Namun kata Charles lagi, segala andaian dan ramalan orang ramai telah meleset jauh. Akhirnya segala persoalan yang menjadi teka teki selama ini telah terjawab dan Lam Kai Ming akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden Parti.

Untuk rekod, Charles dilahirkan di Sandakan telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya iaitu Linda Wong dan dikurniakan seorang anak. Mantan Adun Karamunting, Peter Pang Hin Yin adalah bapa saudaranya.

Selain sebagai Ahli Majlis Tertinggi LDP, Pang juga merupakan Ketua Perhubungan Parlimen Sandakan turut dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Sandakan selama lima tahun.

Kata Charles, sekiranya beliau diberikan mandat oleh para pemilih berdaftar pada PRU 13 ini, maka sebagai Wakil Rakyat Karamunting, beliau akan menjayakan misi dan visinya seperti berikut;

- Menaik Taraf Pondok Polis;
- Menaik Taraf Kawasan Pasar;
- Memulihara kawasan Pantai Pasir Putih dan dinaik taraf;
- Menaikan taraf Jabatan Kayu kepada Jambatan Simen;
- Melebarkan Jalan Batu Sapi;
- Menjadikan Karamunting sebagai kawasan pelancongan;
- Mengubah Gaya Hidup Sihat Untuk Belia
- Membina Dewan Masyarakat Karamunting yang selama ini dimimpi-mimpikan oleh segenap lapisan masyarakat Kaaramunting.

Kata Pang lagi, beliau akan meneruskan dasar dan agenda kerajaan BN selaras dengan konsep Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan dan janji ditepati bagi menjayakan Transformasi mengikut Konsep 'Janji Ditepati'.

No comments:

Post a Comment