Monday 29 April 2013

MAMPUKAH BUMBURING TAWAN TUARAN?






Saudara Pengarang,

AKHIRNYA percubaan Hj Ansari Abdullah untuk menawan Tuaran buat kali ketiga hancur berkecai setelah nama beliau diketepikan kali ini oleh pucuk pimpinan pusat.

Sesungguhnya sesuatu yang malang bagi penduduk Tuaran apabila ribut taufan melanda PKR, akibat sikap tamak seseorang, yang dikhabarkan pernah berkata bahawa kedudukan tidak penting; akan tetapi misi utama beliau sebelum berundur adalah untuk memastikan PR berjaya menumbangkan BN.

Bagaimanapun itu hanya cakap orang politik. Sememangnya sesuatu yang malang dan satu malapetaka kepada penduduk Tuaran pada PRU 13 kali ini. Apakan daya nasi sudah jadi bubur kerana pada awalnya dijangkakan PR menerusi PKR sudah pasti menawan Parlimen Tuaran dan DUN Tamparuli, serta Dun Kiulu; malah mempunyai peluang 60-40 untuk menumbangkan Adun Sulaman, Datuk Hajiji Noor.

Namun dengan senario ribut taufan yang melanda PKR Tuaran, akibat perebutan untuk jadi calon Parlimen Tuaran itu, sesungguhnya adalah sesuatu yang malang serta menyedihkan rakyat Tuaran, yang dahagakan perubahan.

Sememangnya masyarakat Tuaran sudah pasti mahukan perubahan kali ini, akan tetapi dengan senario sekarang, masyarakat Tuaran masih dalam kebingungan dan sudah pastinya akan menguntungkan BN untuk kembali mempertahankan Parlimen Tuaran; serta ketiga-tiga DUN, sememangnya kedua-dua Tokoh pembangkang Tuaran ini, iaitu Datuk Wilfred Bumburing dan Hj Ansari Abdullah masing-masing mempunyai penyokong setia di Tuaran.

Kedua-duanya saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Sebelum ini kekuatan pembangkang di Tuaran sememangnya berpaksikan kepada kedua-dua tokoh ini.

Jika mereka sudah berkerat rotan, berpatah arang, maka alamatnya perjuangan PR di Tuaran selama ini hanya tinggal angan kosong kerana adalah mustahil untuk menumbangkan BN andainya mereka tidak bersatu.

Jesteru itu kita semua masyarakat Tuaran merayu pada kedua-dua tokoh ini agar mereka duduk berbincang serta lupakan masalah mereka, agar mereka bersatu kembali untuk menumbangkan BN di Bumi Tuaran.

Dengan bersatunya mereka, barulah ada harapan untuk menumbangkan BN di bumi Tuaran. Ingat Datuk Wilfred, Hj Ansari bahawa laugan rakyat itu penting dari diri sendiri.

"INI KALI LAH "

Salam Hormat,

VISI RAKYAT TUARAN


No comments:

Post a Comment