Tuesday 16 April 2013

MURUT, KALAH SORAK, KAMPUNG TERGADAI








Oleh : CUCU ANTENOM

TEKA-TEKI siapakah calon BN bagi semua kawasan Parlimen dan DUN sudah terjawab. Hanya menunggu pengumuman rasmi oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman selaku Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah sebentar tadi.

Namun bagi kerusi Parlimen P.181 Tenom telah pun sedia maklum bahawa Jamawi Jaafar (JJ) telah dipilih oleh pucuk pimpinan pusat sebagai calon BN menggantikan penyandangnya, Datuk Raime Unggi.

Bagi penyokong-penyokong Jamawi, yang terdiri pemuda-pemuda UMNO Bahagian sudah pun memalu gendang suka-ria sejak kelmarin; malah melaung-laungkan bahawa hanya pemuda pun mampu memenangkan BN.

Namun sama ada pihak pucuk pimpinan sedar atau tidak, hakikatnya, bahang protes di peringkat ‘Grass Root’, termasuk majoriti jentera ketua-ketua PDM, ketua-ketua cawangan, pemimpin-pemimpin komponen (KDM) tidak setuju dan membantah pemilihan Jamawi sebagai calon BN di Parlimen P.181 Tenom.

Parlimen Tenom mempunyai 25,344 pemilih berdaftar dan daripada jumlah ini 12,407 ( 48.9% ) adalah terdiri daripada suku kaum Murut, Cina 3,087 (12.1%), Kadazan/Dusun- 2,645 orang, Melayu -2,164, orang, lain-lain-5,041.

Ini menunjukan bahawa Murut merupakan suku/kaum yang terbesar di Parlimen Tenom. Ironinya, barisan calon BN yang diketengahkan dalam PRU13 kali ini menyaksikan betapa kaum Murut tersisih dan dipinggirkan untuk mewakili suku ini di Dewan Rakyat.

Parlimen Tenom adalah satu-satunya harapan tunggal bagi suku ini mengekalkan wakilnya dalam Dewan Rakyat apabila kawasan Pensiangan diwakili oleh Tan Sri Joseph Kurup (PBRS), Parlimen Keningau diwakili oleh Tan Sri Joseph Pairin Kittingan (PBS).

Namun apa yang berlaku, apabila pucuk pimpinan menggugurkan Datuk Raime Unggi dan memilih Jamawi yang mengaku berketurunan Murut @ Murut ciplak; walhal di sebaliknya Jamawi pada mulanya malu mengaku yang  dia adalah keturunan Murut.

Peringkat awal sebelum pemilihan calon dimuktamadkan, dua orang calon Parlimen Tenom yang diwar-warkan selain daripada Datuk Raime Unggi selaku penyandang dan Datuk Rubin Balang selaku Ketua Bahagian UMNO dan Pengerusi BN Tenom menawarkan diri di kerusi BN serta Jamawi Jaafar atas panji Pemuda.

Kini telah sedia maklum, bahawa Jamawi telah berjaya melangkawi Raime Unggi yang mendapat majoriti 6,883 undi dalam PRU12 dan menenggelamkan Rubin Balang selaku Ketua UMNO Bahagian dan Presiden Murut dalam perebutan calon kerusi Parlimen Tenom.

Hakikatnya Jamawi telah Berjaya menebus kekalahan ‘Mahagurunya’ Rizalman Abdullah dalam persaingan kancah politik Tenom.

Kini masyarakat Murut rasa terpinggir dan menganggap pucuk pimpinan BN dan UMNO tidak mendengar denyut nadi sebenar kehendak rakyat terbanyak di akar umbi.

Kebangkitan protes semakin tidak terempang jika pihak pucuk pimpinan tidak merubah keadaan ini dalam masa yang terdekat.  Ini bukan retorik, tapi ini adalah kenyataan yang bakal akan berlaku, bila suara dan kehendak kaum Murut yang diwakili oleh pemimpin-pemimpinnya tidak diendahkan.

Mungkin juga pucuk pimpinan BN menganggap kaum Murut sedang ‘diurut’ dengan taburan wang ringgit? Harus diingat, sampai satu ketika apabila maruah tercabar, suara Murut diperlekehkan; maka semangat ANTANOM pasti akan bangkit membuktikan bahawa Kaum Murut bukan bangsa yang mudah diperkotak-katikan.


Harus diingat, kawasan DUN N.36 Kemabong adalah nadi dan tunjang kemenangan BN. Ini terbukti dalam PRU11. Sementara DUN N.35 Melalap memerlukan kudrat ajaib, BN Nasional Tenom bakal berhadapn cabaran besar untuk menangani ‘Silent Protes’ yang diterjemahkan masa mengundi nanti.

Apa yang dikhuatiri kelak jika semua kerusi kawasan majoriti pengundi Murut bakal tersembam apabila 'Aki Antanom' bangkit menebus maruahnya!

1 comment:

  1. oh really? kamurang tingu la analisis selepas 6mei 2013 nanti. WTF Racist....murut ciplak? Fuck OFF~!!!

    ReplyDelete